Pemimpin Umno masuk PH tidak jadi 'malaikat', kena pikul salah lama

PUTRAJAYA, 13 Feb — Tindakan beberapa wakil rakyat Umno menyertai Pakatan Rakyat (PH) bukan bermakna mereka suci daripada kesalahan lalu, kata Datuk Seri Mujahid Yusof.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata mereka perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan mereka walau sudah menyertai PH, lapor Utusan Online.

“Mereka kena faham masuk PH, akan bersih dan tiada masalah, tiba-tiba jadi malaikat, benda ini tidak boleh berlaku menerusi kemasukan mereka ini,” katanya.

Memberi contoh, Mujahid berkata isu kahwin mangsa rogol yang dicadang ahli parlimen Tasik Gelugor tidak “hilang” walau Datuk Shahbudin Yahaya menyertai PH.

Namun, menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penelitian sebelum membenarkan mereka menyertai parti itu.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan