“Tidak benar,” Datuk Seri Azmin Ali ketika diminta mengulas dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) Datuk A. Kadir Jasin di blognya pagi ini
.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan majlis itu yang disertai beberapa menteri berkaitan, termasuk Azmin dan Lim Guan Eng, dan juga beberapa tokoh berpengalaman.
Azmin turut menjelaskan majlis itu bertujuan memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Majlis ini terdiri daripada pelbagai individu dengan kepakaran berbeza, semua input mereka penting dan kita menggunakannya untuk memutuskan tindakan yang bakal diambil.”
Kadir, yang juga penasihat media Dr Mahathir, berkata penubuhan majlis itu membayangkan perdana menteri tidak berpuas hati dengan prestasi anggota-anggota Kabinet.
0 comments:
Catat Ulasan