KUALA LUMPUR: Kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap
mana-mana agama akan dimasukkan dalam Kanun Keseksaan (Akta 574).
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata
pindaan terhadap Akta 574 itu secara dasarnya mendapat persetujuan dan
akan dibentangkan ke Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa pada sidang
Dewan Rakyat, bulan depan.
Katanya, pindaan akta berkenaan
bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain
mengetatkan beberapa proses pendakwaan termasuk operasi prosedur
standard (SOP) pembuktian di mahkamah.
“Secara dasarnya,
kita bersetuju menangani isu kebencian kaum dan agama, termasuk menghina
Islam serta Rasulullah dengan niat, dimasukkan dalam Kanun Keseksaan
untuk pindaan.
“Ia bagi memastikan hukuman lebih tegas
terhadap penghina agama termasuk Islam. Kita buat dalam Kanun Keseksaan
kerana sudah ada peruntukan, cuma nak bagi ketat dan ‘ummphh’ (padu)
lagi.
“Kita mengharapkan dapat dibentang (di Parlimen) pada
Mac ini, sebelum itu ia perlu dibawa ke Kabinet. Selepas itu, ia akan
dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM),” katanya kepada
pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas
melancarkan Standard Penarafan Majlis di Wilayah Persekutuan dan
Penyampaian Watikah Jawatankuasa Kariah Masjid serta surau Jumaat sesi
2018-2020, di sini.
Seorang operator kilang, A Taneson, 22,
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas kesalahan
menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.
Tertuduh
bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan
jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.
Mengikut
pertuduhan, Taneson didakwa memuat naik ayat menghina Nabi Muhammad
melalui akaun Facebook miliknya iaitu ‘Sarkat Tanesan’.
Tindakan
itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan
permusuhan, benci membenci atau niat jahat atas alasan agama antara
kumpulan beragama Islam dengan kumpulan bukan beragama Islam di seluruh
negara.
Mujahid berkata, pindaan Akta 574 dilaksanakan
susulan peningkatan mendadak kes penghinaan dan tindakan menyuntik
kebencian terhadap agama di negara ini.
“Orang tanya kenapa
tidak akta Islam? Sebab ini ialah persekutuan, nanti kalau akta Islam,
Wilayah Persekutuan saja (yang termaktub dengan perundangan terbabit.
“Kita
perlukan akta di peringkat nasional bagi mengendalikan isu sama ada dia
menimbulkan kebencian antara agama atau perkara membawa kepada
provokasi yang mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat.
“Individu
yang menghina Rasulullah juga akan dimasukkan dalam perenggan ini
tetapi dengan syarat ditentukan sebagai prosedur pembuktian,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan