PAS bohong plot guling Dr Mahathir untuk kenakan saya, kata Anwar

“PLOT” yang disebarkan oleh PAS, yang didakwa untuk menggulingkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, adalah sangat keterlaluan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau sebelum ini hanya berdiam diri apabila pemimpin-pemimpin PAS berterusan menyerangnya kerana mengenangkan parti Islam sebagai sekutu lama.

PAS, PKR dan DAP merupakan sekutu dalam Pakatan Rakyat sebelum dibubarkan pada 2015. PAS kini menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk melawan bekas-bekas sekutunya.

Anwar berkata beliau bukanlah seorang yang akan menyerang kawan lama.

Namun, kesabarannya hilang apabila PAS dan Presidennya, Abdul Hadi Awang menyebarkan khabar angin mengenai plot untuk menggulingkan Dr Mahathir yang tujuannya untuk melagakan beliau dan perdana menteri.

“Saya sudah berbincang dengan semua pemimpin (PH) dan tiada siapa pernah dengar rancangan semacam itu. Kita sepakat untuk menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri, jadi mustahil untuk batal sokongan,” kata Anwar kepada pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.

“Tidak berasas, PKR sokong Dr Mahathir, seperti yang dijanjikan. Jangan cuba untuk lagakan kami.

“Ini kerja PAS. Sebab itulah kenapa saya sudah mula tegur mereka,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu.

PAS pada minggu lepas mendakwa Dr Mahathir selaku pengerusi PH memberi gambaran seolah-olah beliau menjadi mangsa konflik dalam pakatan gabungan itu.

Pada masa yang sama, muncul sepanduk di beberapa kawasan yang mendesak Dr Mahathir meletak jawatan lantas memberi laluan kepada Anwar.

Seminggu sebelum itu pula, pimpinan PAS dan Dr Mahathir mengadakan pertemuan tertutup.

Setiausaha PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu berjanji akan menyokong perdana mneteri jika undi tidak percaya diusul terhadapnya di Parlimen.

Cakap-cakap mengenai plot untuk menggulingkan Dr Mahathir menyebabkan Anwar menyelar PAS, parti yang disifatkannya membenarkan berbohong.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan