Masih bantu BN menunjukkan Pas parti munafik

HULU LANGAT: Tindakan Pas yang masih membantu gerak kerja kempen calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zainal Hanafi, menunjukkan parti itu merupakan parti yang munafik, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, jelasnya lagi, ia jelas bertentangan dengan janji Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan baru-baru ini bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan parti itu akan menghentikan sokongannya terhadap UMNO dan BN.

Bagaimanapun, Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pakatan Harapan sama sekali tidak mengambil kisah mengenai isu itu kerana mereka percaya dengan sokongan rakyat sedia ada, mereka mampu mempertahankan kerusi DUN itu.
It’s not something that we don't recognise (Ia bukan sesuatu yang kita iktiraf). Yang kita kata Pas dah halal untuk berbohong. Dia boleh cakap dengan Perdana Menteri begini tapi bawah dia buat lain. Kita tahu kita ada di bawah ini, mereka duduk sepentas, mereka pergi kempen sama-sama.

"Kita tidak akan termakan dengan soal begitu. Cuma hakikat yang ada, dia tidak buat apa dia kata. Jadi, kalau dalam istilah lain, orang boleh kata munafik,” katanya kepada sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK DUN Semenyih Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pimpinan Pas dan ahli mereka yang masih membantu kempen BN walaupun Abdul Hadi didakwa memberi jaminan kepada Perdana Menteri tidak akan berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan tidak akan mengambil peduli soal itu, sebaliknya terus menumpukan gerak kerja untuk berjumpa pengundi seramai mungkin dalam usaha mempertahankan kerusi itu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan