Nik Abduh, isu RM90 juta bukan kitar semula


Nik Abduh juga perlu ingat di antara yang membuat pendedahan besar baru adalah ustaz Dr Mohd Atiullah Othman dan ustaz Muhammad Hanafi Sulaiman dari kumpulan ustaz Zaharuddin Muhammad dari PAS sendiri

Saya membaca komen Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan isu wang RM90 juta yang di dakwa di terima PAS dari Umno adalah isu kitar semula oleh PH. 

Sesuatu benda hanya boleh di kitar semula jika ianya telah melalui proses lengkap tujuan asalnya. Isu RM90 juta ini belum lagi melalui proses perundangan mahkamah seperti sepatutnya pada bulan April 2019 ini tetapi telah di tarik balik oleh PAS dengan penuh misteri.

Nik Abduh juga perlu ingat di antara yang membuat pendedahan besar baru adalah ustaz Dr Mohd Atiullah Othman dan ustaz Muhammad Hanafi Sulaiman dari kumpulan ustaz Zaharuddin Muhammad dari PAS sendiri yang menghadiri majlis Nik Abduh tempoh hari.

Isu ini menarik perhatian seluruh dunia kerana ini merupakan kes antarabangsa melibatkan warga dua negara yang ada juga pihak mengaitkannya mungkin melibatkan pihak yang terjebak isu global kleptokrasi 1MDB.

Dulu kata nak teruskan saman 

Pihak PAS dahulu menyatakan saman ini perlu di teruskan kalau tidak orang akan membuat kesimpulan tuduhan itu adalah benar. Penarikan balik kes yang di nanti-nantikan ini lah yang telah membuat isu ini terpapar di muka hadapan akhbar.

Ini bukan isu kes kitar semula kerana kes asal di halang dari di teruskan oleh PAS sendiri dan Dr Atiullah dan rakan rakan dari PAS sendiri telah membuat pendedahan sendiri kenyataan Nik Abduh.
Apa yang menghairankan dunia adalah kenapa PAS sanggup menarek balik kes ini dengan persetujuan luar mahkamah kerana mengikut analisa ramai ianya hanya menguntungkan Sarawak Report (SR) dan merugikan PAS serta reputasi parti.

Keuntungan sepenuhnya berpihak kepada SR dan Clare Rewcastle-Brown sahaja kerana:
  1. Mereka tidak perlu minta maaf
  2. Mereka tidak perlu tarek balek artikel tersebut yang masih berada di web-site SR.
  3. Rekod audio pengakuan PAS terima wang Umno oleh Nik Abduh dari SR tidak di cabar olih PAS membuatnya menjadi fakta yang sah . Ini ditambah pula dengan pengakuan beberapa ahli PAS yang di ketuai Ustaz Dr Satiullah dengan 40 orang saksi hidup yang mereka menjadi saksi kenyataan Nik Abduh yang dahulunya di nafikan oleh beliau.
  4. PAS pernah menyatakan jika kes ini tidak diteruskan ia akan menujukkan tuduhan tersebut adalah benar.
Bukan hanya perkara tersebut di atas menguntungkan SR dari segi aspek moral. Persoalan lain juga di timbulkan dalam penulisan Raja Perta Kamaruddin (RPK), yang menyatakan SR tidak mungkin akan bersetuju menyelesaikan kes ini di luar mahkamah tampa keuntungan pihaknya dan jika kos guaman yang di jangka RM2 juta perlu di bayar oleh mereka kerana peluang mereka menang adalah cerah sebab kes ini berjalan di mahkamah Britain .

Soalannya siapakah yang berkemungkinan sanggup menanggung kos guaman RM2 juta SR ?

Jika ianya benar ada pihak membayar kos SR untuk memujuknya bersetuju selesai di luar mahkamah, SR dan Clare adalah pihak yang paling beruntung dalam segala aspek kes ini baik dari segi moral, perundangan dan juga kewangan.

Raja Petra memang di ketahui mempunyai hubungan lama dengan ramai pimpinan PAS dari dahulu dan mempunyai orang yang rapat dengan beliau berkhidmat dengan PAS Terengganu sekarang.
 Mungkin beliau mengetahui sesuatu dari sumber beliau siapakah yang mungkin telah menanggung bayaran kos guaman SR.

Sepenuh walak

Yang agak anehnya peguam kanan parti PAS yang merupakan juga Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan yang dahulunya membuat kenyataan lantang kes saman SR, telah mengambil masa hampir seminggu untuk membuat kenyataan: "Jangan terjebak dengan perangkap musuh" dan untuk "memberikan sepenuh walak dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan."

Ianya bukan kenyataan bersifat pandangan perundangan tetapi seolah olah meminta ahli PAS jangan menimbulkan apa apa soalan lagi dalam isu ini.

Adakah setiap kali penyokong dan ahli PAS di minta menyumbang derma untuk parti, mereka di minta patuh tanpa soal dan walak walau bagaimana aneh dan luar biasa tindakkan misteri pengunaan wang oleh PAS tidak bolih di persoalkan?

Adakah ini konsep "PAS for all" - PAS untuk semua, oleh pimpinan PAS hari ini?

Di manakah sikap inklusif dan keterbukaan serta hormat untuk hak ahli ahli biasa PAS yang telah berkorban harta benda dan tenaga selama ini?

RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan