Kerajaan
Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha untuk menunaikan setiap janji
mereka meskipun berdepan dengan kekangan sejak mengambil alih
pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Presiden PH berkata janji-janji PH sewaktu menjadi
pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dulu, ditawarkan tanpa
menyedari betapa runcingnya masalah yang akan diwarisi selepas membentuk
kerajaan.
“ Sekarang kita ditempelak. Kita mahu tunaikan janji sedaya upaya,
apakan daya…kita warisi (masalah) daripada kerajaan (terdahulu yang
berkuasa) 60 tahun.
“ Kita baru sembilan bulan (membentuk kerajaan) bagilah kita
peluang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan gotong royong di
Surau Istiqamah Seksyen 6, Bandar Rinching hari ini, dalam program
turun padang membantu kempen calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih.
Dr Wan Azizah berkata apa yang ditawarkan PH sewaktu PRU-14 adalah
bersifat menyeluruh bagi memperbaiki keadaan negara dan meningkatkan
ekonomi.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata sebarang janji yang dibuat perlu mengambil kira aspek kemampuan untuk melaksanakannya.
Bagi PRK Semenyih, beliau berkata PH menawarkan calon anak muda untuk
berkhidmat dengan masyarakat di Semenyih bagi mengukuhkan dan
memperbaiki keadaan di kawasan ini.
Turut hadir dalam gotong-royong itu adalah Timbalan Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
dan calon PH Muhammad Aiman Zainali.
Pada PRK Semenyih, Muhammad Aiman berdepan cabaran Zakaria Hanafi
(Barisan Nasional); Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan
calon Bebas Kuan Chee Heng.
Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bahtiar Mohd
Nor, 57, daripada PH pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Selepas gotong royong itu, Dr Wan Azizah menghadiri majlis ramah
mesra bersama penduduk Taman Pelangi di sini dan merasmikan Rumah Kelab
La Pelangi di taman tersebut.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat dalam ucapannya perasmiannya berkata kejiranan yang aktif
dapat menghindarkan anak-anak muda daripada terjebak dengan
masalah sosial.
“Saya ingin ucapkan tahniah kepada persatuan dan penduduk Taman
Pelangi yang aktif dan berjaya menghasilkan kejiranan yang terkawal dan
terjamin,” katanya.
Atur cara lain Dr Wan Azizah di Semenyih hari ini turut merangkumi
program ramah mesra bersama warga emas Pusat Jagaan Mahmudah, program
merendang dan cukur jambul bersama penduduk Kampung Tanjung, ziarah
kasih penduduk warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan pemimpin
masyarakat di Kampung Baru Semenyih serta program mesra anak-anak
istimewa di Program Pemulihan Dalam Komuniti Semenyih.
Hari pengundian PRK DUN Semenyih adalah pada 2 Mac ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan