Calon
Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri (Dun) Semenyih diyakini menang dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) pada 2 Mac ini.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa berkata, BN yang diwakili
Zakaria Hanafi, 58, tidak memiliki faktor yang kuat untuk merampas
kerusi yang disandang PH itu.
“Saya yakin calon kita akan mencapai kemenangan. Ini kerana BN tidak
mempunyai sebab yang kuat mengapa calon mereka perlu diberi sokongan
dalam PRK ini,” tegasnya.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata demikian dalam ceramah kelompok di Dataran Putra Walk, Bandar Seri Putra malam tadi.
Mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam berhubung proses
rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya,
Husam berkata, kerajaan Pakatan Harapan masih baru mendapat mandat
rakyat.
“Apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih daripada kerajaan
Najib Razak Umno-BN yang telah dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah
kerajaan rasuah yang telah meninggalkan hutang yang sangat besar kepada
anak cucu rakyat Malaysia maka tidaklah mudah kerajaan Pakatan Harapan
terus membangunkan negara ini.
“Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa memikul beban kewangan dan ekonomi
yang sangat besar. Kerajaan kita adalah kerajaan yang bayar hutang.
“Kerajaan kita adalah kerajaan yang menguruskan masalah-masalah
ekonomi yang ditinggalkan termasuk agensi-agensi seperti Felda, Tabung
Haji, Mara, Felcra dan lain-lain.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat khususnya pengundi di Semenyih
dapat memahami keadaan tersebut dan menghargai usaha bersungguh-sungguh
kerajaan Pakatan Harapan.
“Harapan yang dipimpin Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Wan Azizah
untuk membetulkan masalah ekonomi Malaysia sebelum memacu negara kita
menjadi sebuah negara yang berkebajikan dan maju dengan program-program
lebih baik pada masa akan datang,” kata Husam lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan