Empat
ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua senator
masing-masing dari Sabah secara rasminya telah diterima menjadi ahli
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.
Mereka adalah Adun Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor, Adun Karanaan,
Datuk Seri Masidi Manjun dan empat ahli Parlimen iaitu Datuk Zakaria
Edris (Libaran), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Azizah
Mohd Dun (Beaufort) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat).
Dua lagi ahli baharu Bersatu yang memegang jawatan senator adalah,
Senator Datuk Abd Ghani Mohamad Yassin dan Datuk John Ambrose.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir memaklumkan, beliau akan pergi ke
Sabah pada 6 April depan sebagai majlis pelancaran Bersatu di sana.
“Sebelum kita pergi ke Sabah pun, sudah ada permintaan untuk menyertai Bersatu di negeri di bawah bayu itu.
“Bersatu di Sabah adalah satu daripada anggota dalam parti Pakatan Harapan (PH), dan PH adalah kerajaan bagi negara.
“Kita juga memberi tempat kepada Parti Warisan Sabah.. walaupun
Warisan bukan ahli PH, tetapi parti itu diberi tempat dalam kerajaan
sebagai menteri (tiga orang) dan timbalan menteri (dua orang),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan
Kad Keahlian Bersatu, di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di Putrajaya,
hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mahathir berkata, walaupun Warisan bukan
menjadi ahli dalam PH, pihaknya tetap menerima anggota Warisan dalam
kerajaan.
“Pada masa yang sama, kita juga menyokong kerajaan yang ditubuhkan
oleh Warisan di Sabah.. itu adalah pendirian keempat empat buah parti
dalam PH termasuklah parti Bersatu.
“Ini bermakna, bahawa ahli Bersatu di Sabah akan menyokong kerajaan
Warisan yang ada sekarang ini dan kami tiada niat hendak menggantikan
mana-mana pihak,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan