Calon Bebas PRK Rantau akan dipecat keahlian AMANAH

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, Calon Bebas PRK Rantau, Mohd Nor Yassin akan dicadangkan dipecat keahliannya kerana beliau bertanding tanpa menerima watikah perlantikan calon daripada parti.

“Saya mengambil maklum laporan berkaitan seorang calon bebas bagi PRK N.27 Rantau iaitu Mohd Nor Yassin yang menimbulkan kekeliruan mengenai status keahlian parti politiknya.

“Berdasarkan semakan keahlian, diakui beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang masih baru menyertai parti ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu kata beliau, menurut tatacara Perlembagaan AMANAH, Jawatankuasa Pengurusan AMANAH akan mencadangkan pemecatan keahlian Mohd Nor Bin Yassin kepada Jawatankuasa Tatatertib Parti kerana telah bertanding tanpa menerima watikah perlantikan calon daripada parti.

Tambah beliau lagi, sementara menanti keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti, semua ahli dan penyokong AMANAH yang bertugas dalam PRK N.27 Rantau adalah dengan ini diarahkan hanya membantu kempen calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr S. Streram.

Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, Mohd Nor sewaktu dihubungi petang tadi berkata, beliau masih ahli Pas dan tidak mengesahkan bahawa beliau pernah menyertai AMANAH.
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula dalam satu kenyataan menafikan Mohd Nor sebagai ahli Pas memandangkan mengikut semakan pihaknya, Mohd Nor telah menyertai AMANAH pada 10 Mac lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan