Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam kenyataan hari ini, berkata bantuan itu akan disalurkan kepada tiga juta penerima dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta.
Pada 28 Januari lalu, kerajaan telah membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion, katanya.
Di samping itu, katanya, Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM120 juta secara berperingkat mulai semalam untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada 1.2 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
0 comments:
Catat Ulasan