Wakil
kerajaan negeri Pulau Pinang akan bersama-sama dengan anggota keluarga
Rahimi Ahmad, mangsa yang cedera dalam insiden tembakan rambang di dua
masjid di Christchurch, New Zealand akan berlepas ke negara itu hari
ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, exco Kebajikan, Masyarakat
Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Aziz Mahathir akan mengiringi
ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan anak lelakinya, Roshidi, 42.
Rahimi, 39, adalah antara dua rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera
dalam insiden tembakan di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood serta
kedua-dua mereka kini menerima rawatan di hospital.
Chow, dalam kenyataan malam tadi, berkata kerajaan negeri mengecam
sekeras-kerasnya serangan kejam tersebut yang telah mengorbankan
sekurang-kurangnya 49 nyawa serta berpuluh-puluh mangsa mengalami
kecederaan.
Dilaporkan Rahimi menetapkan di negara itu bersama isterinya, Nor
Azila Mohammad, 39, yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang
perubatan serta dua anaknya, Ahmad Razif, 11 dan Nur Faiqah, 9, sejak
2014.
Terdahulu, Rokiah yang mengetahui kejadian itu selepas menonton televisyen dan kemudian terus menghubungi Norazila tetapi gagal.
Rokiah berkata Rahimi selalu pergi ke masjid yang terletak berdekatan rumahnya yang nampak sama macam dalam televisyen.
“Saya rasa dia pergi bersolat Jumaat di situ. Saya rasa sangat
bimbang. Tiada siapa beritahu apa-apa kepada saya,” katanya kepada
pemberita dengan air mata berlinangan.
Exco Phee Boon Poh dan Adun Azrul Mahathir sedang menguruskan perjalanan Rokiah dan abang Rahimi, Roshidi, ke New Zealand.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan