Anwar kecam tragedi New Zealand

Insiden tembakan rambang yang mensasarkan jemaah solat Jumaat di Christchurch, New Zealand adalah tragedi hitam terhadap kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Saya berasa sangat sedih dan kesal dengan tindakan tidak bertamadun, bercanggah dengan nilai kemanusiaan yang meragut nyawa orang awam. 

Saya mengutuk sekeras-kerasnya dan terus mengikuti rapat insiden tembakan rambang.
Menurut Polis New Zealand, situasi masih bahaya dan mereka masih dalam usaha memberkas pelaku tersebut.

Saya dimaklumkan seorang warganegara Malaysia dilaporkan cedera dan kini dalam keadaan yang stabil. Saya berharap mangsa kuat dan cekal ketika melalui saat ini dan pulih seperti sedia kala.

Kami mengutuskan simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan warga New Zealand.

ANWAR IBRAHIM
15 Mac 2019.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan