Tindakan
Yang Dipertua Pas kawasan Padang Serai, Shaharudin Ibrahim mengelirukan
jemaah Masjid Taman Selasih, Kulim semasa menyampaikan khutbah Jumaat
kelmarin perlu diberi perhatian serius.
Khutbah beliau tersebut amat mengecewakan ramai jemaah.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasrudin (gambar atas).
Jelas Azman lagi, mimbar masjid tersebut telah disalahgunakan bagi
tujuan politik apabila Shaharudin mendakwa kerajaan PH telah melantik
CEO Tabung Haji bukan dari kalangan orang Islam.
“Mengikut rekod, beliau juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau
Pinang kononnya azan tidak boleh dilaungkan di negeri tersebut.
“Sebagai Adun kawasan, saya amat kesal dengan kenyataan berunsur
fitnah dan mengelirukan jemaah masjid yang dilontarkan oleh beliau
semasa menyampaikan khutbah Jumaat lalu.
“Majlis Agama Islam digesa supaya mengambil tindakan terhadap individu terbabit,” jelasnya lagi.
Azman yang juga merupakan Adun Lunas turut berkata, Majlis Agama
Islam dan masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap
titah Tuanku Sultan Kedah yang tidak membenarkan sama sekali masjid
dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.
Tegas beliau lagi, masjid sepatutnya bebas daripada unsur-unsur politik dan menjadi tempat penyatuan ummah.
“Tindakan Shaharudin melanggar titah Tuanku dan mencerminkan beliau
tidak menghormati institusi Raja yang menjadi payung kepada agama.
“Saya juga ingin menasihatkan beliau agar tidak merendah-rendahkan
martabat agama Islam kerana agama sebenarnya menyeru kepada kedamaian
dan bukannya menjurus kepada politik sempit dan perpecahan.
“Jabatan Pendidikan Negeri Kedah perlu menyiasat isu ini dengan kadar
segera dan diambil tindakan kerana sebagai penjawat awam, beliau
sepatutnya tidak menggunakan mimbar masjid untuk politik sempit dan
membawa perpecahan dan fitnah, ” ujarnya.
Tambah Azman lagi, sekiranya Shaharudin ingin menunjukkan
kejaguhannya, lebih baik ke pentas ceramah Pas dan berceramah sepuas
hati kerana kerajaan PH sememangnya mengamalkan demokrasi tetapi bukan
memfitnah dan berbohong.\
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan