KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan ‘berkahwin’ kerana kerjasama
kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan
melangsungkan perkahwinan.
Presidennya, Datuk Seri Hadi
Awang, berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah ‘haram’ umpama perbuatan
sumbang mahram antara adik-beradik yang bertentangan dengan hukum
syarak mengikut ajaran Islam.
“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan UMNO seperti ‘PAS nak kahwin dengan UMNO’.
“Sebenarnya
kerjasama PAS dan UMNO umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin?
Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara
adik-beradik,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata
demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai mengenai dakwaan
kononnya PAS akan membentuk gabungan pakatan pembangkang baharu bersama
UMNO dan parti komponen BN lain termasuk MIC dan MCA untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempena program Wacana Islam dan Isu
Semasa bertajuk Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran
anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di sini, malam tadi.
Yang
turut hadir, Yang Dipertua (YDP) PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul
Kadir dan timbalannya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Ditanya
mengenai pendedahan dibuat PAS berhubung kemungkinan ada pihak tertentu
dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan undi tidak percaya
terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, tidak lama lagi, Abdul
Hadi menjelaskan ia bukan idea PAS sebaliknya oleh individu tertentu
yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.
“Yang nak buat
undi tidak percaya bukannya wakil rakyat PAS tetapi orang lain kerana
berlaku pertembungan dalam PH yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.
“Kita
tidak pernah sebut (bercita-cita) mahu menjadi Perdana Menteri,
sebaliknya PAS akan menyokong mana-mana pemimpin dalam kalangan orang
Islam yang memegang jawatan Perdana Menteri.
“Kita akan
menyokong sesiapa saja mahu menjadi Perdana Menteri dengan syarat mereka
mahu melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin tanpa mengira daripada
parti mana.
“Kita juga mengambil kira perkembangan mutakhir
dan siapa yang lebih aslaf (berpihak) kepada umat Islam dan membawa
kemakmuran kepada negara. Soal siapa yang bakal kita pilih tunggu masa
dan ketikanya akan tiba,” katanya.
Mengulas lanjut, Hadi
berkata, biarpun kerajaan sekarang dikuasai PH, orang Melayu/Islam masih
memegang kuasa politik jika mereka bersatu kerana secara keseluruhannya
terdapat 130 kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam PRU-14.
“Saya
percaya orang Melayu Islam masih mempunyai kuasa penentu hala tuju
politik jika mereka bersatu hati kerana kita masih dominan dan menjadi
majoriti di ahli parlimen sekarang,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan