Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata sebanyak 42 buah sekolah telah dipantau oleh 30 pasukan pemantau Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
“Secara keseluruhannya, hampir semua sekolah menunjukkan nilai Volatile Organic Compund (VOC) adalah sifar kecuali Sekolah Taman Rinting 3 yang menunjukkan sekali sahaja bacaan VOC pada kadar lima part per million (ppm) dan tiga ppm pada jam 3 petang semalam di aras bawah dan aras satu sekolah tersebut,” kata JAS, dalam satu kenyataan di sini, petang ini.
Bacaan telah dibuat pada 12 tengah hari, tiga petang dan enam petang semalam.
Menurut JAS, pemantauan yang sama akan dilakukan esok pada 9 pagi, 12 tengah hari, tiga petang dan enam petang. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan