Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa PH
tidak perlu ikut rentak Umno dan PAS yang kini dilihat mahu menjuarai
isu Melayu-Islam.
“Baru-baru ini selepas kekalahan PH di Cameron Highlands dan Semenyih, timbul desakan agar PH mengikut rentak Umno dan PAS.
“PH tidak perlu tunduk kepada desakan ini.
"Sebaliknya,
saya berpandangan sekiranya PH menunjukkan keyakinan terhadap Buku
Harapan, PH mampu menunjukkan corak politik baru yang relevan dan
berkesan untuk Malaysia baru, “ katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat
hari ini.
Mengulas
ucapan perbahasan titah Yang Di-Pertuan Agung, Nik Nazmi yang juga
Setiausaha Organisasi PKR berkata tindakan Umno dan PAS yang menurutnya
mengekalkan dasar berasaskan kaum, gagal menyelesaikan isu jurang
pendapatan dan kemiskinan Bumiputera.
“Lebih kuat dilaungkan kemiskinan Bumiputera, lebih banyak tauke Bumiputera dan bukan Bumiputera membolot,” tegasnya.
Tambahnya,
PH sudahpun mempunyai formula untuk menjuarai isu Melayu iaitu Agenda
Ekonomi Malaysia yang dibentangkan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar
Ibrahim.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan