Pemuda
AMANAH berharap ada satu solusi yang kukuh dan bersifat jangkamasa
panjang dapat diambil tanpa memberi kesan kewangan kepada kerajaan dan
semua pihak berkepentingan MAS.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil dalam kenyataan beliau.
Menurut Faiz lagi, sejak tahun 2001, kerajaan telah membelanjakan
hampir RM24 bilion hanya bagi memastikan MAS dapat terus beroperasi,
tanpa mengalami risiko gulung tikar.
“Melihat kepada prestasi kewangan MAS ketika ini, adalah dijangkakan
kerajaan terpaksa meneruskan suntikan dana kepada syarikat penerbangan
tersebut.
“Bagi memastikan kelangsungan operasi MAS, Pemuda AMANAH mencadangkan
supaya kerajaan mengembalikan pemilikan MAS kepada pelabur swasta
sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum tahun 2014.
“Juga ingin disarankan agar MAS disenaraikan semula di Bursa Malaysia
supaya para pelabur swasta seperti institusi pelaburan dan pelabur
runcit tempatan turut dapat membeli saham syarikat tersebut, ” jelasnya
lagi.
Tegas Faiz, kerajaan juga dicadangkan supaya mengurangkan pegangan
ekuiti mereka daripada 100 peratus tatkala ini, kepada sekitar 30
peratus.
Malah katanya lagi, langkah ini akan dapat membantu kerajaan setelah
100 peratus kerugian MAS ketika ini ditangggung oleh kerajaan.
“Pada masa yang sama, kerajaan digesa untuk memegang ‘golden share’ dalam MAS selepas proses penyenaraian di pasaran saham.
“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, kerajaan masih mempunyai kata
putus dalam beberapa aspek pengurusan MAS walaupun hanya memegang ekuiti
minoriti.
“Dengan ini, ia dapat memastikan agar identiti MAS sebagai syarikat penerbangan nasional dapat terus dipelihara, ” ujarnya.
Justeru itu tambahnya, pegangan ekuiti majoriti MAS tidak perlu
dijual kepada pelabur atau syarikat luar negara supaya peranan MAS dalam
negara tidak berkurangan pada masa hadapan.
“Pemuda AMANAH ingin mencadangkan agar beberapa individu yang pernah
menyumbang kearah kecemerlangan MAS pada zaman kegemilangannya dilantik
semula menganggotai lembaga pengarah syarikat.
“Ini termasuklah Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas ketua pegawai
eksekutif MAS pada era 80an yang telah memperbaiki kedudukan kewaangan
MAS tatkala itu.
“Disamping itu, salah satu ‘growth engine’ MAS yang perlu diberikan
perhatian khusus adalah perkhidmatan penerbangan kos rendah Firefly, ”
saran beliau.
Katanya lagi, model operasi Firefly dicadangkan ditukar dan dibentuk selari dengan strategi dan model Air Asia.
“Pelan pemulihan kedudukan kewangan MAS yang diperkenalkan oleh
kerajaan BN sebelum ini telah gagal setelah ia terus mengalami kerugian
pada tahun 2017 dan 2018.
“Sejak pengambilalihan MAS oleh Khazanah pada akhir 2014, syarikat
penerbangan tersebut telah merekodkan kerugian terkumpul sejumlah RM2.4
bilion bagi tahun 2015 hingga 2017 dengan nilai pelaburan sebanyak RM6
bilion.
“Oleh itu, tadbir urus baik korporat atau ‘corporate good governance’
perlu diberikan penekanan utama dalam usaha memulihkan kedudukan
kewangan MAS, ” jelasnya.
Justeru itu kata Faiz, Pemuda AMANAH amat mengharapkan kebijaksanaan
kerajaan Pakatan Harapan mengambil langkah penyelesaian yang terbaik dan
holistik dengan manjalankan kajian mendalam serta menyeluruh termasuk
perbincangan dengan semua ‘stake holder’ MAS.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan