Kestabilan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di setiap peringkat
negeri dilihat lebih penting berbanding kepentingan parti-parti politik
untuk meraih jawatan.
Pengerusi Parti Amanah Negeri Johor, Aminolhuda Hassan, berkata,
tidak kira siapa yang dipilih kerajaan PH dan Sultan Johor dalam
mengemudi pentadbiran Johor, kepentingan rakyat itu harus diutamakan.
“Kita perlu kekalkan persamaan dan kekuatan untuk memastikan pentadbiran kerajaan dapat diurus sebaik mungkin.
“Tidak kisah lah parti mana yang jadi Menteri Besar Johor kerana
kestabilan tadbir urus kerajaan negeri itu lebih penting dari
kepentingan parti masing-masing. Paling penting, kepentingan rakyat
dapat dijaga.
“Lagipula, keputusan pelantikan ini dibuat berdasarkan kepada
konsensus bersama dalam PH. Kami turut memberikan sokongan padu dan
kerjasama dari semua pringkat parti akan terus bergerak memastikan
kebajikan rakyat johor diutamakan,” katanya
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pelantikan Menteri
Besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal, dan mengatakan beliau tidak
terkesan biarpun nama beliau sendiri pernah tersebar di media sosial
sebagai calon MB Johor.
Malah beliau menyifatkan keputusan pelantikan tersebut sebagai terbaik yang mendapat sokongan dari ahli-ahli yang lain.
Aminolhuda yang juga merupakan Adun Parit Yani berkata, kepimpinan
menteri besar baharu ini haruslah menegakkan integriti, dan amanah dalam
urus tadbir kerajaan.
Katanya, ini untuk membolehkan rakyat kembali yakin dengan kerajaan
PH yang meletakkan integriti sebagai asas utama dalam pentadbiran
melebihi segalanya.
“Disamping pembangunan negeri, perkara berkaitan dengan pelaburan
dari luar juga perlu diusahakan untuk memajukan negeri johor. Saya
berharap negeri Johor dapat menjadi negeri yang berprestasi tinggi
seiring dengan hala tuju kerajaan negeri,”ujarnya.
Hari ini Adun Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal dilantik Menteri Besar baharu mengantikan Datuk Osman Sapian.
Majlis penganugerahan watikah dan angkat sumpah pelantikan sebagai
menteri besar, oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
dilakukan di Istana Bukit Serene pagi tadi.
Pelantikan menteri besar Johor yang baharu ini susulan peletakan jawatan Osman pada 8 April lepas.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan