PROSES pengiraan kertas undi bagi Pilihan Raya Presiden Indonesia
kini melebihi 80%, dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) selesa
mendahului pencabarnya, Prabowo Subianto.
Prabowo, yang sebelum ini menolak hasil keputusan “quick count” atau
hitung cepat oleh badan-badan bebas yang turut memenangkan Jokowi, kini
bertindak pula memboikot proses pengiraan undi rasmi oleh Komisi
Pemilihan Umum (KPU), yang didakwanya berlaku unsur penipuan.
Mengikut pengiraan undi menerusi laman web rasmi KPU setakat tengah
hari ini, pengiraan undi itu melibatkan 669,846 daripada 813,350 Tempat
Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian.
Jokowi yang mempertahankan jawatannya, bersama pasangannya untuk
jawatan naib presiden, Ma’ ruf Amin memperoleh 71,029,379 undi, manakala
Prabowo dan pasangannya Sandiaga Uno meraih 55,282,221 undi.
Pada 17 April lepas, sebanyak 77.5% daripada 192,828,520 pengundi
yang layak, mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2019).
Proses pengiraan undi Pemilu 2019 dijangka selesai 22 Mei ini.
Pemerhati politik melihat tindakan Prabowo yang mencetuskan polemik
baharu dengan menolak proses pengiraan undi oleh KPU itu sebagai
tindakan yang tidak jelas dan tidak berdasarkan fakta.
“Curangnya (penipuannya) di mana? Siapa yang melakukan? Bagaimana
modelnya dan modusnya? Tidak ada informasi soal hal-hal tersebut
disampaikan.
“Penolakan (boikot) itu tidak dibangun atas data dan fakta,” kata penganalisis berkenaan. – Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan