Menteri Belia dan Sukan itu berkata sokongan anak muda yang beralih kepada PH adalah akibat kelemahan pemimpin PAS dan Umno sendiri, namun anak muda dan teknologi telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pemimpin parti itu.
“Sikap ini tidak menggambarkan kearifan mereka dalam berdakwah dengan hikmah, sebaliknya sering menyalahkan pihak lain yang lebih mendekati rakyat dan membawa perjuangan rakyat,” kata Anggota Parlimen Muar itu menerusi kenyataan di sini malam tadi.
Syed Saddiq berkata beliau bersetuju dengan pandangan Abdul Hadi bahawa politik bukan ‘kajian dua hingga tiga minit’, tetapi beliau berpendapat politik adalah hal ehwal dasar dan agenda yang perlu diperhalusi dengan hujah serta pandangan yang rasional.
Bagaimanapun, beliau mendakwa apa ditawarkan PAS dan Umno hanyalah politik dengan menggunakan sentimen perkauman serta agama, malah hanya tahu menyalahkan DAP, menyalahkan pengkritik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Saya merasakan hujah anak muda pengundi PH tak mengaji kitab ini sebagai menghina ‘kecerdikan’ anak-anak muda,” katanya. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan