Ancaman? Apa alasan kami buat, Anwar ulas video lucah

PORT DICKSON, — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan  kontroversi video lucah.

Katanya, beliau menolak sebarang amalan ‘gutter politics’ (politik kotor) kerana beliau telah melalui pengalaman tersebut.

“Saya menolak ‘gutter politics’ ini sebab saya dah laluinya (dan) saya bersimpati dengan keluarga Azmin,” katanya ketika mengulas pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lelaki dalam video seks membabitkan menteri berkenaan.

Beliau menegaskan politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sebalik semua pihak perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara.

“Kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai semua kerana kita nak bangunkan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran suaminya, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai kononnya video berkenaan dicipta olehnya dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertujuan untuk memecah belahkan parti, Presiden PKR itu berkata ia merupakan satu fitnah.

“Apa alasan untuk kita buat? Ada yang kata sebab ancaman, ancaman apa?,” katanya. — Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan