Fauwaz Fadhil diserang oleh sebahagian orang Pas kerana kenyataannya di Konvensyen NUNJI 2019 bahawa urusan politik tidak berada dalam kerangka aqidah dan bukan perkara usul dalam agama.
Bahkan ada dalam kalangan mereka yang begitu berani sehingga menulis kenyataan, "iman tak dapat diwarisi" merujuk kepada Fauwaz yang dikira tidak mewarisi perjuangan ayahnya al-Marhum Fadhil Noor.
Hakikatnya,
Fauwaz mewarisi perjuangan ayahnya dalam medan penyebaran ilmu dan
dakwah bahkan dalam bidang politik melalui caranya sendiri.
Adakah melalui frasa "iman tak dapat diwarisi" penulisnya ingin menyatakan Fauwaz tidak memiliki iman lantaran tidak bersama-sama dengan Pas? Jika begitu anggapannya, inilah benih takfiri yang bercambah dalam Pas.
Hal ini bertolak daripada anggapan mereka bahawa urusan politik adalah sebahagian atau berada dalam kerangka aqidah, yakni kerangka iman dan kufur.
Sepatutnya mereka menyanggahi Fauwaz melalui hujah, bahkan Pas boleh menjemput Fauwaz menyertai apa-apa program Pas dan berhujah secara berdepan dengannya.
Saya yakin Fauwaz akan menerima jemputan Pas sekiranya dia dijemput, dan saya yakin Fauwaz akan bercakap perkara yang sama seperti yang dicakapkan dalam acara NUNJI baru-baru ini.
Tapi malangnya, Fauwaz diserang dari jarak jauh sehingga memaksa Fauwaz mempertahankan hujahnya itu melalui medan media sosial.
Terbaru, melalui sepucuk surat berkepala surat Pas Melaka (jika surat itu tulen) sekumpulan orang Pas (dikenali melalui baju T berlogo Pas yang dipakai) membuat kacau di dalam sebuah masjid di Melaka bertujuan menghalang kuliah yang mahu disampaikan oleh Wan Ji.
Jika Wan Ji tidak disetujui untuk berkuliah, gunakan saluran yang betul, bukan dengan cara membuat kacau di dalam masjid.
Kuliah Wan Ji dilulus oleh Jabatan Mufti Melaka, dan Wan Ji diyakini akan patuh kepada garis panduan yang ditetapkan, antaranya tidak bercakap soal politik kepartian di dalam masjid.
Seharusnya jika orang Pas tak setuju dengan Wan Ji, berhujahlah dengan beliau. Jika tidak di dalam masjid, di kaca TV pun Wan Ji sudah menyatakan kesediaannya sebelum ini.
Selepas terbit fatwa janggal "wajib menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini" dalam muktamar parti itu yang terbaru, kini mereka membuat kacau pula di masjid.
Nampaknya semakin hari, pendekatan politik pentaksub Pas semakin agresif dan berbahaya. Hal ini perlu dibendung segera untuk mengelak mudarat lebih besar.

0 comments:
Catat Ulasan