KERAJAAN Pakatan Harapan perlu mengurangkan berpolitik tetapi lebih
banyak mendengar suara rakyat demi negara, kata bekas menteri Mustapa
Mohamed.
Mustapa yang menyertai Bersatu selepas keluar Umno, berkata sudah 15
bulan berlalu sejak PH mentadbir Putrajaya dan rakyat tidak sabar untuk
melihat hasil pentadbiran lebih baik dan pantas.
“Kerajaan dengar suara rakyat tetapi sekarang mereka perlu dengar
lebih. Ada perasaan yang ia tidak cukup mendengar. Saya pasti ia akan
diselesaikan tidak lama lagi,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Parlimen Jeli itu juga menambah semua politikus kerajaan perlu
mengurangkan berpolitik dan bekerja keras membentuk Malaysia yang lebih
kuat.
Beliau turut mengakui, kelembapan ekonomi yang berlaku adalah hasil
gabungan banyak perkara termasuklah pelan peralihan kuasa antara Dr
Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
Bekas menteri itu bagaimanapun enggan mengulas isu rombakan Kabinet
yang dilaporkan akan berlaku tidak lama lagi, berkata ia adalah kuasa
dan hak perdana menteri.
“Itu hak PM,” katanya pendek ketika diminta mengulas sama ada beliau akan memasuki Jemaah Menteri.
Namanya disebut-sebut banyak pihak sebagai antara pemimpin yang bakal menyertai Kabinet sekiranya rombakan berlaku.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan