PH Selangor tolak desas-desus singkir MB, speaker

PETALING JAYA: Pakatan Harapan Selangor menolak sekeras-kerasnya desas-desus usaha menyingkir Menteri Besar Amirudin Shari dan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, dan keretakan antara parti komponen PH negeri.

“Desas-desus ini mempunyai agenda jahat dari musuh politik bagi memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian dalam PH Selangor,” kata pengerusi PKR, DAP, Amanah dan PPBM negeri dalam kenyataan bersama hari ini.

Menegaskan mustahak kesentosaan, ketenteraman dan kestabilan negeri dipelihara, PH Selangor mengikrarkan sokongan dan keyakinan terhadap Amirudin sebagai menteri besar dan pengerusi gabungan itu.

“Sokongan dan keyakinan ini juga ditujukan pentadbiran yang diterajui beliau,” katanya.
Perkembangan ini di sebalik ketidakpuasan hati dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan Selangor ekoran cadangan pindaan yang membolehkan penukaran agama anak secara sebelah pihak di negeri itu.

Sumber berkata spekulasi mengatakan cadangan itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik pemimpin tertentu.

Sumber lain memaklumkan Amirudin mungkin dipanggil ke lembaga disiplin PKR tidak lama lagi berhubung kenyataannya berkaitan video seks sejenis yang menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

“Kalau dia digantung, kami mahu Idris ambil alih,” katanya, merujuk kepada Adun Ijok, Idris Ahmad.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan