TULISAN Melayu huruf Arab yang telah digunakan sejak
kedatangan Islam di Nusantara dikenali dengan nama tulisan jawi.
Tulisan jawi digunakan secara meluas oleh orang Melayu dalam pelbagai
bidang penulisan dan kesenian.
Seni tulisan khat pula lebih
popular dijadikan sebagai hiasan di dinding rumah, pejabat, sekolah
ataupun kedai. Ia boleh dihasilkan dalam pelbagai motif.
Hari ini
tulisan jawi dan khat semakin terpinggir dan dipinggirkan. Justeru,
pengumuman Kementerian Pendidikan bahawa tulisan jawi akan digunakan
dalam buku teks di semua sekolah termasuk SJK Cina dan SJK Tamil amat
dialu-alukan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata,
keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku
teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.
Menurut
kementerian, tulisan khat merupakan warisan bahasa Melayu yang penting
untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Bagaimanapun, keputusan itu mendapat bantahan dua pertubuhan Cina iaitu Dong Zong dan Jiao Zong.
Bantahan
turut disertai oleh seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, malah dilaporkan mereka
bertekad mahu mengadakan perhimpunan membantah tindakan Kementerian
Pendidikan itu.
Dalam hal ini, mereka yang membantah seharusnya lebih terbuka kerana tulisan jawi dan khat tidak ada kena-mengena dengan agama.
Sasterawan
dan pejuang bahasa berketurunan Cina, Dr Lim Swee Tin sendiri tidak
melihat sebarang masalah untuk memperkenalkan tulisan khat dan jawi
dalam buku teks sekolah.
Kita menyambut baik dan mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek atas ketegasan mempertahankan
pengajaran khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dr
Mahathir berkata, kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain
untuk mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan
Malaysia istimewa, sekaligus isu ini tidak perlu dipolitikkan lagi.
Namun
pada masa yang sama, orang Melayu juga perlu bersikap terbuka sekiranya
selepas ini Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Cina dan
India dalam buku teks di semua sekolah.-S/Harian
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan