Dua ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti

IPOH: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP di Perak meletakkan jawatan dalam jawatankuasa DAP negeri itu.

ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari manakala ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP.

Peletakan jawatan mereka kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kedudukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Keong yang sedang menghadapi tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Cheok Keng yang juga peguambela Paul Yong berkata, peletakan jawatan itu adalah muktamad dan berkuatkuasa serta-merta.

“Kami tidak berpuas hati dengan berita yang kita dengar pagi ini bahawa jawatan Exco YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat Pakatan Harapan (PH) Perak dengan tidak memberitahu kami terlebih dahulu bahawa isu ini akan dibincang pada peringkat itu.

“Pada pandangan kita, sekiranya jawatan YB Paul Yong akan dibincang pada peringkat PH ia perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Jawatankuasa DAP Perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan Kor Ming yang disiarkan di dalam beberapa portal berita hari ini, kedudukan Paul Yong akan dibincangkan oleh PH Perak.

Menurut Cheok Keng, mereka khuatir jika isu itu dibincangkan, kedudukan Paul Yong mungkin akan terjejas sedangkan di dalam mesyuarat parti sebelum ini mereka sepakat bahawa Exco berkenaan tidak bersalah dan sepakat untuk mempertahankannya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan