Hakim Syarie ditahan SPRM terima suapan RM4,000

KUALA LUMPUR: Seorang Hakim Syarie direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan sebanyak RM4,000.

Suspek dipercayai menerima wang suapan tersebut untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis yang dalam perbicaraan mahkamah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh itu berusia 37 tahun itu ditahan SPRM pada kira kira jam 11.30 malam Selasa di Chemor, Perak.

Turut ditahan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 30 tahun yang disyaki bersubahat dalam perbuatan itu.

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Ipoh kira kira jam 11.00 pagi tadi untuk mendapat permohonan reman.

Hakim berkenaan diwakili peguam Dayang Noremilia Azman Shah manakala anggota polis itu pula diwakili Vivien Mitchiel Benedict.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan