Masa , Kualiti dan Kos - Analisa Nilai Ekonomi





 Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif


Bila saya lihat banyak kempen boikot barang bukan muslim, lepas tu tukar pada support barang muslim, lepas tu tukar lagi pada support barang bumiputera muslim, kempen ini hanya berkesan pada mereka yang mempunyai daya berfikir analitik yang lemah. Dalam setiap perbuatan kita seharian, semua benda ada nilai ekonominya.

Contoh kalau kita isi minyak kereta RM10 setiap kali berbanding isi minyak full tank mungkin habis RM80 satu isian. Kadang-kadang 8 kali ke stesen minyak itu sendiri sudah koskan kita RM20 lebih dari kita isi RM80 sekaligus.

Apa yang penting dalam kehidupan kita, kita kena tanya apa sebenarnya keutamaan dalam kehidupan kita? Kalau keutamaan kita adalah untuk dapat nilai yang setimpal dengan duit yang kita peroleh, sepatutnya carta pemilihan untuk membeli barang makanan kita jadi seperti di bawah
---------------------------------------------------
halal > harga > lokasi kedai > nilai tambah contoh kalau perkerja dia mesra > muslim atau bukan muslim.
---------------------------------------------------
Contoh kalau saya nak beli meehon Alif yang ada halal jakim, harga RM3 ringgit sepaket, jarak dari rumah hanya 1KM, taukeh dia selalu bagi diskaun > tapi bukan muslim.
kalau kita dari awal-awal lagi dah letak bangsa penjual tadi lebih penting dari harga barang, dia akan jadi macam ini
---------------------------------------------------
bangsa > halal > harga > lokasi kedai > nilai tambah.
---------------------------------------------------
Pergi kedai Amin > nak cari meehon masjid > Harga RM4.50 > jarak 10KM > tidak mesra dan service lambat.
Dalam pemikiran analitik yang pertama, kos yang di bayar hanya mungkin RM3 untuk meehon, minyak motor RM50 sen, masa 2 minit = RM.50 ( kata lah gaji dia RM3000 sebulan, jadi RM120 sehari, RM15 / sejam); jadi dia telah belanja sebanyak RM4 untuk sepaket meehon alif
Dalam pemikiran analitik yang kedua, katakan lah gaji dia sama, meehon RM4.5, minyak motor RM2, masa 10 minit = RM2.50 , jadi jumlah yang dia bayar untuk sepaket meehon masjid adalah RM9.

Dalam analogi yang mudah macam ini pun kita dah lihat scenario kedua sudah rugi 125% baharu dalam satu aktiviti yang mudah, kalau activiti ini di darab dengan aktiviti harian, berapa banyak yang di bayar extra?

Kadang-kadang orang tak faham, duit lebih dari kita berjimat secara ekonomi tadi boleh di gunakan untuk derma di masjid, belanja family makan di luar dan macam-macam lagi.

Ini lah bezanya cara berfikir orang yang ekonomi, kerana matlamat dia adalah penjimatan kos.
Kalau matlamat dia ada keselesaan, dia boleh aje duduk di rumah dan order grab food atau tesco online. Sudah tentulah ianya bukan murah. Di sini saya bukan hendak merendahkan kempen BMF, tapi BMF patut di jadikan aras perbandingan kalau awak ada 2 product yang sama, dua-dua halal, dari kedai yang sama dan perbezaan harga mungkin dar 5% ~ 10%. Jika product muslim tersebut lebih dari 50% dan ada product yang lebih murah, awak sepatutnya vote dengan dompet awak.

Kenapa product muslim tak boleh match harga yang sama atau lebih kurang dengan product bukan Islam? kalau dia nak stay competitive dia kena improve process dia dah bagi nilai yang terbaik untuk pelanggan.

Dan ini bukan terpakai dalam setiap senario. Macam contoh saya hendak cari iron tablet untuk mak buyung, saya pergi farmasi yang pertama, dia kata dia tak ada yang jenama yang sama tapi dia ada jenama yang "mix". Dalam pemikiran saya mix ni kadang-kadang tak bagus lalu saya pergi ke farmasi yang kedua yang agak jauh. Bila saya nak beli , dia layan saya dengan baik, dia terangkan dengan terperinci yang iron tablet yang KKM bagi itu hanya basic, dia tak ada yang sama tapi dia ada yang mix yang lebih bagus.

In the end kami boleh bersembang dari cerita pasal pesakit yang tak tau hargai ubat KKM sampai membazir dan kenapa KKM sekarang letak tanda harga pada setiap ubat. Bagi saya, lepas saya dapat layanan yang "istimewa" dari farmasi kedua, sudah tentunya pada masa hadapan farmasi ini akan jadi prioriti utama ; harga ubatan dia yang munasabah, layanan yang bagus walaupun jauh sedikit dari farmasi yang kedua. Oh ya, farmasi kedua adalah farmasi muslim.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan