Piagam Penyatuan Ummah ,Kenapa kandungannya Disembunyikan ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Menjelang acara tandatangani piagam ta'awun siyasi antara Umno dengan Pam pada 14 September ini timbul beberapa keraguan dan persoalan di kalangan tertentu termasuk juga penyokong dan ahli kedua-dua parti itu sendiri khususnya konsep penyatuan itu dan mengenai isi kandungan piagam berkenaan.

Satu pihak mengatakan ia bukan kerjasama politik, tetapi kerjasama untuk kepentingan bersama semata-mata. Apakah politik itu bukan satu juzuk dalam kepentingan bersama itu?

Ia menjadi persoalan dan menimbulkan keraguan kerana butiran atau isi kandungan piagam itu tidak disebut sampai sekarang dan masih menjadi rahsia.

 Kenyataan para pemimpin kedua pihak juga berbalam-balam mengenai hal ini.

 Dari aspek pemakaian nama dalam road show untuk kempen acara itu sahaja sudah berlaku pertikaian dimana Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan tidak berkenaan road show itu dinamakan "Himpunan Penyatuan Ummah".

Kenyataan media Setiausaha Agung Umno Annuar Musa sebagai respon kepada tulisan Dr Mujahid Yusof yang mempersoalkan piagam itu, lagi menambahkan keraguan berhubung penyatuan atau kerjasama itu.

Annuar mengakui sesama majlis itu nanti tidak semua isi kandungan piagam itu didedahkan kepada umum. Hanya sebahagian sahaja dicatit dan yang lain menjadi rahsia dalaman kedua pihak. Ini bermakna ada rahsia dalam rahsia mengenai penggabungan dan kerjasama itu.

"Malah apa yang bakal diisytiharkan, hanyalah SATU MUKA SURAT YANG MERUPAKAN RINGKASAN, dan dinamakan sebagai PIAGAM, manakala dokumen terperinci antara PAS dan UMNO yang juga ditandatangani pada 14 hb ini kekal sebagai dokumen dalaman kedua-dua parti." Itulah kenyataan bertulis Annuar.

Kalau begitulah makna kerjasama dan penggabungan itu masih belum berlembaga buat masyarakat umum. Ahli dan penyokong dibawah tidak dapat mengetahui apakah bentuk dan konsepnya, butiran perjanjian yang bersifat dalaman itu.

Ertinya juga ahli dan penyokong tidak didedahkan dengan hakikat sebenarnya dimana perjanjian atau piagam itu boleh diubah mengikut rasa dan kehendak tanpa perlu persetujuan dan dalam pengetahuan ahli dan pengikut.

Soalnya kenapa harus dirahsia dan sebahagiannya menjadi rahsia dalaman pemimpin?

Situasi inilah menjadi pertikaian yang boleh menimbulkan keraguan kepada piagam berkenaan seterusnya menjadikan piagam atau persepakatan itu persepakatan dicipta oleh individu invidiu tertentu dalam kedua-dua parti itu semata-mata. Apakah langkah individu ini tidak boleh disifatkan sebagai desperado untuk berkuasa?

Jika begitu yang berlaku nanti, isi kandungan piagam itu disembunyikan, (hanya moke-up sahaja didedahkan) maka benarlah kata Dr Mujahid Yusof bahawa piagam itu hanya retorik semata-mata yang menggunakan soal agama dan bangsa sebagai umpan pancing politik murah.

Perkara mustahak yang dituntut Mujahid untuk melihat piagam itu benar dan ikhlas ialah, kedua-dua pihak Pam dan Umno menarik balik dakwaan mereka sebelum ini, Pam perlu tarik balik Amanat Haji Hadi manakala Umno tarik balik kenyataannya, bahawa Pas Parti Ajaran sesat.

 Selagi dua perkara ini tidak ditarik balik jelas, Umno dan Pam menunjuk mereka berbaik kerana untuk menipu rakyat.

Dan jelas apabila isi piagam itu dirahsiakan, ia bukan piagam yang bersifat inklusif dan nasional. Sudah tentu keadaan ini menjadi persoalan di kalangan rakan-rakan Pam dan Umno berbangsa lain.

Wajarlah kalau kaum China dan India yang berteduh di bawah MCA dan MIC kurang berminat dengan acara berkenaan. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan