Oleh WFAUZDIN NS
Sewaktu rejim Umno/Bn
membentangkan Bajet mereka, di antara tokoh hebat dari kalangan
Pembangkang yang dinantikan untuk membahaskan bajet berkenaan adalah Sdr
Rafizi Ramli , waktu itu adalah MP Pandan.
Beliau memiliki ketajaman
berfikir dan berhujah yang baik, sukar mahu diganggu gugat dan
dipertikaikan oleh pihak kerajaan ketika itu.
Sdr Rafizi berbahas penuh
dengan fakta, menolak sentimen emosi serta memperlihatkan beliau telah
membuat 'home work" sebelum bangun berbahas.
Sewaktu Anwar di dalam
penjara, anak muda ini sering menyesakkan jantung Najib selaku PM dan
Menteri Kewangan ketika itu.
Ramai yang memperkatakan, jika tidak kerana
kes-kes mahkamah yang beliau hadapi, sudah tentu beliau kini adalah
seorang Ahli Parlimen dan di antara menteri kanan yang akan dilantik
samada berjawatan menteri kewangan atau ekonomi.
Tidak mengapa, ada
hikmahnya kerana setiap kejayaan perlu ada pengorbanan dan beliau di
antara yang mengorbankan dirinya untuk kejayaan PH hari ini.
Kita
berjaya menjadi kerajaan adalah kerana rakyat telah celik tentang GST,
skandal 1MDB, kes NFC, skandal Tabung Haji. LTAT, KWAP dan banyak lagi.
Siapakah tokoh yang banyak memerkatakan atau mendedahkan semua ini jika
tidak Sdr Rafizi Ramli serta beberapa rakan yang lain?
Beliau hadapi
risiko di atas keberaniannya itu. Apabila telah dua kali kerajaan PH
membentangkang Bajet, tentulah ada perbezaan dari segi pendekatan bagi
membahaskan bajet yang dibuat oleh kerajaan kita sendiri.
Malangnya,
waktu kita membentuk kerajaan, Sdr Rafizi berada di luar Parlimen.
Kita
bimbang, tiada sesiapa lagi mahu bersuara agak kritikal di dalam
membahaskan bajet kerajaan PH.
Mahu diharapkan kepada Wakil Rakyat
Pembangkang di dalam Umno/Bn? Oh tidak.
Mereka adalah penegak
kemungkaran kerajaan terdahulu, mana mungkin mereka memiliki idea atau
maruah untuk bercakap benar jauh sekali berfakta?
Mahu mengharapkan
wakil rakyat Pas?
Parti ini pun telah bersekongkol dengan bekas
Kleptokrasi dahulu.
Alhamdulillah, Anwar telah berada di Parlimen. Hari
ini, Anwar telah membahaskan bajet dengan satu perbahasan yang amat
baik.
Anwar tidak berselindung untuk memuji beberapa langkah baik yang
terdapat di dalam bajet, di dalam masa yang sama kebanyakan
perbahasannya adalah untuk menegur kerajaan di dalam beberapa perkara
terutamanya yang melibatkan rakyat bawahan.
Biarpun beliau merupakan
Presiden Parti Keadilan dan bakal PM ke 8, beliau tidak menggunakan
perbahasan hari ini untuk mengampu dan membodek kerajaan.
Oleh kerana
itulah sepanjang perbahasan beliau, tidak ramai di kalangan Pembangkang
yang mahu bangun mencelah.
Mungkin mereka tiada modal lagi untuk mencari
salah silap perbahasan MP Port Dickson ini.
Saya melihatnya, ketokohan
pemimpin ini adalah menjadi ikutan kepada Sdr Rafizi Ramli.
Berani
kerana benar. Lawan tetap lawan.
Kerajaan beruntung memiliki tokoh yang
berwibawa yang berada di dalam Parlimen kita.
Alangkah hebatnya
sekiranya Sdr Rafizi dan Anwar Ibrahim sekarang berada bersama di pentas
Parlimen.
InsyaAllah, sedikit masa lagi kita akan lihat apa yang kita
impikan ini.
http://wfauzdin.blogspot.com
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan