DAP akan merujuk Ronnie Liu Tian Khiew
ke jawatankuasa disiplin parti berhubung kenyataan yang didakwa
mempersoalkan kesepakatan Pakatan Harapan (PH) yang kini membentuk
kerajaan Persekutuan.
Tegas Setiausaha Organisasi DAP,
Anthony Loke Siew Fook, kenyataan ahli jawatankuasa DAP Kebangsaan itu
amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab malah tidak mencerminkan
pendirian parti.
“Kenyataan daripada Ronnie Liu ini dilihat daripada kepimpinan DAP sebagai tindakan sabotaj. Satu tindakan yang sangat serius.
“Dan saya sebagai Setiausaha
Organisasi (DAP) Kebangsaan akan merujuk beliau kepada jawatankuasa
disiplin parti,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.
Tambah Anthony Loke, kesepakatan PH tidak wajar dipersoal oleh mana-mana pemimpin DAP mahupun PH sendiri.
“Pakatan Harapan ditubuhkan oleh
empat parti iaitu Bersatu, PKR, Amanah dan DAP dan kita memenangi PRU-14
melalui platform Pakatan Harapan.
“Ini mandat yang telah diberikan oleh
rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan yang amat
berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad
“Tidak ada sesiapa pemimpin dalam
Pakatan Harapan termasuk daripada DAP yang boleh mempersoalkan
(kesepakatan) Pakatan Harapan ini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan