Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Bagi mereka yang mengenali Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yakin bahawa
bekas menteri besar Kelantan itu tidak akan merestui kerjasama PAS dan
Umno kerana beliau adalah pemimpin Islam yang mengutamakan rakyat
berbilang kaum.
Selain itu, bekas mursyidul am PAS itu pasti
terkejut dengan perkembangan perkauman dan antiagama yang tercetus
ketika ini, kata bekas Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha,
Kristian, Hindu, Sikhisme dan Taoisme Malaysia A Vaithilingam.
"Ketika
saya menyaksikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan di
televisyen bahawa arwah Tok Guru (Allahyarham) akan meluluskan piagam
PAS, Umno, saya tertawa dan berkata ini 'sampah'," katanya dalam satu
wawancara dengan Malaysiakini.
"Ia tidak benar sama sekali. Nik Aziz sentiasa tidak menyokong Umno kerana rasuahnya dan politik perkauman.
"Nik Aziz dan seorang lagi pemimpin PAS Fadzil Noor adalah
individu contoh. Mereka penuh keyakinan terhadap kepercayaan mereka dan
juga hormat orang lain,"kata Vaithilingam, 85 yang pernah berkhidmat
sebagai presiden Hindu Sangam dari 1996 hingga 2009.
Jelas Vaithilingam, bekas mursyidul am PAS itu memberi
gambaran yang baik terhadap Islam dalam interaksi antara mereka sehingga
beliau turut terkesan.
'Merapatkan jurang antara agam'
Vaithilingam memberikan contoh ketika dia mengetuai delegasi dialog antara agama ke Kota Bharu, Kelantan.
"Pada
tahun 1980-an, di bawah pemerintahan Umno, Gereja Katolik diminta
membuang salib di pintu utama. Permohonan kuil juga ditolak.
"Tetapi
selepas PAS mendapat semula kuasa pada tahun 1990, kami bertemu Tok
Guru dan dia sangat bersimpati. Salib telah diletak semula dan mereka
juga meluluskan bangunan kuil tiga tingkat di tengah-tengah bandar.
"Ini
menunjukkan kepada saya bahawa Nik Aziz adalah seorang yang sangat
beriman dengan kepercayaannya kerana dia boleh menggalakkan agama untuk
berkembang bersama antara satu sama lain," katanya.
Menurut Vaithilingam, pemimpin PAS itu mengadakan usaha yang tulen untuk merapatkan jurang antara agama.
"Bahkan
apabila membincangkan penukaran agama dalam Islam, dia kata 'Saya akan
beri jaminan kepada kamu bahawa ini hanya akan beri kesan kepada umat
Islam, tapi pada masa yang sama, kamu boleh datang kepada saya dan
beritahu saya apa nasihat setiap agama tentang penukaran agama. Mungkin
kita boleh belajar dan buat undang-undang khusus,"Katanya.
Nik
Aziz, katanya, akan menjemput pemimpin ke rumahnya, duduk di lantai dan
menghidangkan teh. Allahyarham juga memiliki cara bercakap sebagai
seorang yang penyayang.
Bagi Vaithilingam, sikap itu berbeza dengan Hadi, yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.
Berdasarkan
pengalamannya bertemu dan berbincang dengan Abdul Hadi, Vaithilingam
tanpa teraagak-agak menyifatkan Anggota Parlimen Marang itu sebagai
berbahaya untuk Malaysia.
"Saya mengetuai delegasi untuk bercakap
dengan Hadi tetapi setiap kali itu dia mencelah dengan mengatakan
seperti" Kalau masuk Islam, tak boleh keluar".
"Akhirnya, dia
beritahu kami 'jangan cakap tentang Islam atau undang-undang syariah
lagi' dan secara tiba-tiba mengakhiri dialog, walaupun penukaran agama
semestinya memberi kesan kepada penganut lain.
"Dia (Hadi) tidak menghormati kepercayaan orang lain yang menjadikan seorang pemimpin itu hebat.
"Nik Aziz adalah seorang individu yang sangat rendah diri yang mahu berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Dihormati orang Islam dan bukan Islam
Pandangan
Vaithilingam turut disuarakan aktivis Dialog Antara Aagama, Hermen
Shastri yang juga setiausaha umum Dewan Gereja-gereja Malaysia.
Mengimbau
pertemuannya dengan Nik Aziz, Shastri berkata bekas pemimpin PAS adalah
Muslim yang komited, rendah diri dan lemah lembut.
"Dia juga
berprinsip mahu berkhidmat kepada rakyat dengan penuh hormat dan adil.
Nik Aziz mendapat penghormatan daripada bukan Islam kerana dia tidak
mengatakan apa-apa yang merendahkan kepercayaan atau amalan agama lain.
"Ahli
politik semasa, terutamanya Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) dan
bakal PM (Anwar Ibrahim) perlu mewarisi legasi Islam yang lembut, belas
ihsan dan bertolak ansur ketika kita bergerak ke era baru," katanya
kepada Malaysiakini.
Pengarah Institute Of Ethnic Studies,
Prof Shamsul Amri Baharuddin pula berpendapat dalam era Islamophobia
yang melanda di seluruh dunia, pemimpin seperti Nik Aziz amat
diperlukan.
"Dengan pelbagai etnik di Malaysia, Nik Aziz sangat
dihormati orang Islam dan bukan Islam. Beliau adalah seorang pemimpin
Islam sebenar yang dilihat tidak terperangkap dengan harta benda.
"Kehidupan
peribadinya sama seperti seorang yogi India, rendah diri, berhemah,
lembut dan menjadi teladan dalam kehidupan sehari-hari. Beliau adalah
contoh positif yang mahu diikuti oleh pemimpin-pemimpin lain, "katanya.
Bagaimanapun,
Shamsul berkata walaupun pendekatan holistik dan inklusif Nik Aziz
adalah positif, namun keupayaan beliau terhad dalam bidang lain.
"Kita
tidak mengharapkan untuk mendengar pendapatnya tentang perlucutan
senjata nuklear, tetapi beliau banyak mengatakan tentang perjuangan
Palestin dan Iraq dari era pasca Saddam,"katanya.
Nik Aziz adalah generasi pemimpin yang dapat menyeimbangkan prinsip mereka dengan menghormati kepercayaan orang lain.
Pengasas
PKR Syed Husin Ali berkata meskipun Nik Aziz adalah contoh yang baik,
namun beliau berpendapat pengasas PAS Dr Burhanuddin Helmi (1911-1969)
adalah "lebih baik lagi."
"Kedua-duanya tidak setuju dengan
ucapan berunsurkan kebencian seperti pada masa kini, dengan orang
menghina dan memprovokasi tentang kaum dan agama antara satu sama lain.
"Walaupun
beliau (Nik Aziz) seorang yang alim dalam Islam, Burhanuddin dapat
bekerjasama dengan orang-orang dari pelbagai ideologi termasuk komunis.
"Juga menjadi seorang nasionalis Melayu, dia boleh bekerja dengan baik dengan bukan Melayu," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan