Sebagai orang mempunyai pendidikan agama Islam semenjak kecil, saya kagum apabila Khalid yang bukan mempunyai pendidikan Islam secara formal berjaya menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan piagam Madinah dengan menampilkan bagaimana perlembagaan yang ditubuh oleh nabi itu mengandungi konsep keadilan dan ihsan kepada semua manusia merentasi anutan agama.
Saya kagumi itu, kerana perkara tersebut saya tidak dapat lakukan.
"Barangsiapa menzalimi non Muslim; atau mengambil hak mereka bukan cara yang sebenar; atau membebankan kepada mereka luar kadar kemampuan mereka, maka aku (Nabi) akan menjadi penghujah untuk non Muslim itu di akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud)
Tuduhan liberal
Semasa saya di dalam PAS dahulu, saya dapati bahawa Khalid Samad yang aktif adakan dialog dengan masyarakat non Muslim hatta ke rumah-rumah ibadat mereka; beliau antara tokoh-tokoh pemimpin PAS ketika itu yang dilabel sebagai liberal.
Bukan sekadar Khalid Samad, malah terdapat lagi beberapa tokoh lagi yang mengambil pendekatan yang sama, seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Zulkifly Ahmad dan Saudara Hanifa Maidin.
Kalau kita mendengar kandungan ucapan mereka, fokus yang diutamakan adalah Islam yang bersifat inklusif, rahmat dan memberi keamanan kepada semua manusia yang merentasi anutan agama dan kaum. Kempen kepada parti, amat sukar hendak dengar dari ucapan mereka dalam majlis dialog tersebut. Pun begitu, mereka tetap dilabelkan sebagai liberal.
Malah ada sebilangan menuduh mereka sebagai penganut pluralisme, walaupun dalam ucapan mereka tidak pernah mereka menyatakan bahawa Islam sama dengan agama-agama lain.
PAS ke tokong
Pilihan raya kecil di Tanjung Piai tidak lama berkunjung tiba. Gabungan PAS-Umno bersama BN, kelihatan seperti sedang merancang dalam berhadapan dengan pilihan raya kecil kali ini.
Memandangkan kerusi Tanjung Piai itu, kemungkinan akan diberikan kepada MCA yang calon mereka juga kemungkinan non Muslim, baru-baru ini PAS menerusi pemimpin veteran mereka, Pak Subky Latif membuat satu kenyataan bahawa mereka akan masuk ke tokong untuk kempen kepada pengundi non Muslim.
Jika itu yang berlaku, sudah nyata bahawa PAS sudah mengambil pendekatan liberal; ataupun sebenarnya PAS sudah menganggap pendekatan liberal adalah pendekatan yang bertepatan dengan Islam (?).
Fatwa tak konsisten
PAS boleh dikatakan salah satu parti yang menggunakan alasan agama dalam pergerakan parti mereka. Ekoran itu kita akan mendengar sebarang keputusan parti mereka akan digunakan seribu satu ayat Al-Quran dan hadis - kadangkala sesuatu amalan yang difatwakan halal itu, pernah suatu ketika difatwakan haram hanya kerana ia dilakukan oleh musuh politik mereka.
Semasa gabungan PAS-Semangat 46 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, PAS pernah "berfatwa" bahawa tidak dibenarkan wanita diletakkan sebagai calon pilihan raya, sama ada untuk jawatan Adun atau ahli parlimen. Hanya memberi kelonggaran kepada semangat 46, semata-mata menjaga hubungan antara PAS dan Semangat 46 sahaja. (Kamaruzaman 2013)
Demikian juga, sebelum PAS berkawan dengan DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat (PR), dalam banyak syarahan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz PAS; mereka "memfatwakan" bahawa mengundi calon non Muslim adalah haram. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian - apatah lagi semasa gabungan PR, bukan sekadar PAS menggunakan hujah agama untuk membolehkan mengundi calon non Muslim dari DAP, malah PAS sendiri telah menghantar individu non Muslim sebagai calon parti mereka.
WAN JI WAN HUSSIN ialah pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre.
Perkara yang disebut dalam artikel ni tak menghairankan. Secara jelas, puak2 lebai chai ni memang munafik karat! Malah pengikut2 tegar mereka pun mempunyai sifat munafik ni namun masih lagi berlagak seolah2 mereka dijamin syurga. Walaun2 dan walauntit2 yang kononnya berdegar2 melaungkan boikot perniagaan non muslim ni akan segera menikus dan buat bodo bila anak2 mereka mendapat duit dan habuan dengan bekerja dengan syarikat2 non muslim ni. Mereka pun sanggup buat2 lupa dan berpura2 kononnya syarikat2 dimana anak2 mereka bekerja tu bukan milik non muslim dan tak perlu di boikot (haram di boikot)!. Betapa munafiknya mereka! Demi wang dan harta sanggup berpura2 dan berbohong dan menyalahgunakan alquran dan hadis! Mahu bersama dengan golongan ni di akhirat nanti? Tepuk dada, tanyalah iman wahai umat islam!
BalasPadamNick.
cape Tiger.