Sebaliknya, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah perjumpaan biasa dan lebih kepada membincangkan hal ehwal ekonomi negara.
"Bukan (mesyuarat rekonsiliasi). Itu cuma mesyuarat biasa. Bincang masalah ekonomi negara.
Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata demikian ketika ditanya sama ada pertemuan tadi sebagai “mesyuarat rekonsiliasi”.
Anwar
pada 17 September bertegas tidak bersedia untuk berganjak dengan
tuntutan anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang mahu “mesyuarat
rekonsiliasi” antara Anwar dan pihak dalam PKR yang tidak puas hati
dengannya.
Mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu dan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada setiap bulan.
Mengulas kehadiran Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi di dua mesyuarat parti itu, Anwar berkata beliau tidak bertanyakan mengenai perkara itu.
"Saya tidak ada masa nak tanya. Sebab banyak masalah ekonomi yang harus dibereskan,” katanya.
Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin yang didakwa tidak sehaluan sejak kebelakangan ini, mengadakan perjumpaan ringkas di parlimen hari ini.
Hadir semasa perjumpaan itu ialah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Anwar turut memuat naik gambar perjumpaan mereka di halaman Facebook rasminya.
Saksi mata yang menyaksikan ketiga-tiga mereka minum bersama itu berkata perjumpaan berkenaan diadakan dalam keadaan yang mesra.
Ia berlangsung sekitar 30 minit pagi ini.
Hubungan antara Anwar dan Azmin menjadi tegang sejak akhir tahun lalu selepas Anwar melantik pencabar yang dikalahkan oleh Azmin ke dalam pimpinan PKR, dengan alasan keperluan untuk menjadi inklusif.
Hubungan itu semakin meruncing pada bulan Jun lalu apabila video seks didakwa mirip Azmin dan seorang lelaki lain mula disebarkan.
Azmin menafikan beliau adalah individu dalam video itu dan mendakwa ia adalah satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Anwar pula menafikan sebarang peranan dalam video seks berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan