Tun dan Azmin mengkhianati majoriti rakyat Malaysia?


KERAJAAN PH BILA2 MASA REBAH

Pada Oktober 2018 ketika 7 bulan berada di Semenanjung, rakan2 media telah memberitahu niat 'jahat' Tun utk menidakkan Anwar menjadi PM. Tapi masih ramai yg tidak percaya sepertimana info yg ingin saya sampaikan kpd DS Nizar bahwa kerajaan Perak akn rebah bila2 masa.
Malam tadi Azmin bertemu ahli Parlimen Pembangkang. Maklumat yang diterima mereka yg hadir adalah... wallahuallam.

1. Jasin
2. Arau
3. K Krau
4. Gerik
5. Paya Besar
6. Maran
7. Sembrong
8. Pengerang
9. Kuala Kangsar
10.Jerantut
11. Tenggara
12. Parit
13. Lipis
14. Jempol
15. Sheriff Cameron Highlands
16. Jelebu
17. Padang Besar
18. Parit Sulong
19. Tanjung Karang
20. Kinabatangan
21. Kota Tinggi
22. Kepala Batas

Menjadi persoalan sekarang adakah Majlis Presiden tidak boleh mengambil tindakan kpd Azmin Ali sebagai ahli Parlimen PH yg bertemu MP pembangkang tanpa keizinan Majlis Presiden?

Jika Tun tidak mengambil tindakan kpd Azmin yg jelas buktinya ini adakah Kerajaan PH skg ini dipimpin oleh PM yg mengkhianati mereka sendiri?

Apakah motif Azmin dan Zuraida bertemu pemimpin pembangkang? Adakah rakyat merestui tindakan ini? Adakah kita boleh menerima seorang PM dan Menteri yg mengkhianati perjuangan rakyat utk melantik kerajaan baru utk tempoh 5 tahun?

Azmin hanya perlu membawa 10 MP dari Keadilan memadai menjatuhkan kerajaan PH.

Persoalannya belum pernah berlaku dlm sejarah... ahli Parlimen kerajaan sendiri yg mengkhianati dan menjatuhkan sesebuah kerajaan? Memang kerja paling jahat.

Patut la Tun tidak melakukan tindakan segera mengubah Menteri yg tidak berwibawa terutama Menteri Multi Media utk membantu melemahkan BN. Akhirnya jelas niat Tun hanya utk menjatuhkan Najib dan bukan BN.

Saya yakin Azmin mengadakan meeting malam tadi kerana dia mahu memastikan percaturan dan perkiraan jumlah kerusi MP benar2 cukup dgn bantuan Hishamuddin. Pastinya pelbagai perjanjian antara pimpinan BN di dlm bentuk win win situation.

Yg pasti Tun tidak mahu Najib dan terpaksa berbaik baik dgn Zahid kerana masa sudah terlalu suntuk buatnya. Bila melihat kenyataan Zahid seolah olah beliau cuba menjelaskan BN akan menyokong jika Tun membubarkan Parlimen dgn tidak membuat undi tidak percaya kpd Tun. Nada ini dilihat seperti Presiden UMNO itu mahu win win situation memandangkan beliau terpalit begitu banyak kes rasuah. Jika dibubarkan atau BN dan PH membina Barisan yg baru Tun masih boleh kekal sebagai PM Malaysia.

Pastinya PAS akan diberi sekurang kurangnya 3 jawatan Menteri utk parti tersebut menyokong PH. Adakah disebabkan itu kes RM 90 juta senyap begitu sahaja? Tak perlu saya detailkan mengenai penglibatan kerana parti ini paling lemah dan tidak berprinsip.

Apapun mungkin ada beberapa faktor yg membimbangkan Tun dan Azmin. Tanpa Warisan gabungan Bersatu bersama bersama BN tetap membolehkan mereka menubuhkan kerajan baru. Cuma adakah kesemua ahli MP UMNO bersetuju menyertai barisan atau gabungan baru ini terutama dari team Najib dan pro Anwar.

Begitu juga adakah TS Muhyiddin bersetuju dgn tindakan ini. Jika TS Muhyiddin tidak merestuinya, pasti dua atau tiga MP Bersatu tidak mahu menyertai gabungan baru ini. Jika ia berlaku adakah Tun yg hanya sebagai Pengerusi Bersatu mempunyai kuasa veto membawa Bersatu menyertai gabungan baru ini atau Bersatu?

Hanya 6 bulan lagi tarikh hayat Tun sebagai PM. Pengkhianatan yg akan dilakukan oleh Tun dan Azmin seperti bukan rahsia lagi. Azmin tiada pilihan, masa sudah tiada. Jika dia tidak mampu menghalang Anwar menjadi PM, pastinya kes 'semburit' akan dibawa ke muka pengadilan.

Tentu juga ada yg bertanya mengapa kita mudah percaya kpd Tun? Saya tak salahkan Anwar dan Majlis Presiden PH. Ye lah siapa sangka lelaki tua berumur 92 tahun ( ketika itu ) yg teruk didera oleh bekas partinya boleh berperangai seperti ini? Kita semua yakin beliau sudah bertaubat... Manusia merancang tapi Dia adalah sebaik baik perancang.-FB Norman Liverpool
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan