POLIS membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu
berkaitan novel koronavirus (2019-nCoV) melalui media sosial, kata
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di-Raja Malaysia Huzir Mohamed.
Empat kes disiasat berkaitan empat kenyataan yang dimuat naik di
Facebook sementara satu kes lagi melibatkan berita palsu yang disebarkan
melalui aplikasi sembang WhatsApp.
Kesemua lima kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana menggugat
ketenteraman awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana
penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, katanya.
“Pihak PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
terhadap mana-mana individu yang didapati dengan sengaja mensensasikan
isu berkait virus ini,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.
Sambil menyifatkan mereka yang menyebarkan berita tidak sahih ini
sebagai “ingin menjadi jaguh di Internet”, Huzir mahu orang ramai
menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita tidak benar atau tidak
tepat mengenai isu virus dari Wuhan, China ini.
Selain lima kes yang disiasat ini, polis semalam membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menahan seorang lelaki di Bangi, Selangor yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai isu sama.
Lima kes yang disiasat itu melibatkan penularan maklumat melalui
WhatsApp kononnya ada banduan mati mengejut disebabkan jangkitan virus
Wuhan di penjara Sandakan, Sabah.
Polis juga menyiasat satu laporan polis yang disebarkan melalui akaun
Facebook atas nama “Mr Kong Tuck Wah”. Kes disiasat mengikut Seksyen
203(A) Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat, yang membawa hukuman
denda RM1 juta atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.
Satu lagi kes penyebaran di Facebook yang disiasat ialah pada Ahad
lalu, melibatkan akaun yang menggunakan nama “Ibu Yati” yang menyebarkan
maklumat kononnya ada 1,000 warga China tiba di Pulau Pinang.
Polis turut menyiasat akaun Facebook atas nama “Roti Sardeen” yang
menyebarkan maklumat kononnya ada “pelancong China mati dalam bas dari
CIQ di klia2”.
Satu lagi kes melibatkan penyebaran maklumat kononnya ada mangsa
jangkitan virus Wuhan yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur
Zahirah Kuala Terengganu, yang tersebar melalui grup Facebook “Gabungan
Anak Terengganu (Original)”.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan