Gagal Atau Tidak,Penentunya Majlis Presiden

Oleh Mohd Sayuti Omar

Jumlah yang ingin Anwar jadi perdana menteri lebih ramai yang sebaliknya. Apa lagi mereka yang ada hati dan perasaan dan pertimbangan waras, meletak Anwar di kerusi nombor satu itu tepat dan benar.

Dengan mengenepikan segala peristiwa dan sejarah pahit politik masa lampau, Anwar adalah calon terbaik.

Kalau PH mengkonsensusnya Anwar selepas Mahathir ia adalah pilihan bijak, adik dan saksama.

Rakyat yang mengikuti jatuh bangun perjuangan Anwar sejak di zaman kampus, gerakan beliau baik peringkat nasional dan international, beliau adalah calon PM terbaik.

 Beliau mempunyai kelayakan maksima. Bahkan beliau sudah didendangkan untuk jadi PM 20 tahun lalu, sebelum Abdullah dan Najib lagi.

Namun nasib tidak menyebalahinya. Anwar terpaksa menghadapi ujian demi ujian sehingga meletakkan beliau sebagai "ulul azmin" dalam politik Malaysia. Belum ada pemain politik Malaysia melalui jalan separah dijejakinya.

Sekarang ini beliau berada selangkah lagi dengan bendul kekuasaan itu. Ia hanya senafas sahaja. Tetapi masalah dan halangan tetap masih ada, masih berjalan non stop.

 Para pendengki dan pengkhianat terus mengejarnya dari belakang.

Anwar sudah belajar dari kesilapan lampau. Dia sudah bersifat tawakuf dan pasrah.

 Tetapi para pendokong dan mereka yang ghairah tidak sabar untuk melihat beliau dipanggil YAB nampak seakan kurang sabar dan hilang pertimbangan. Kenapa?

Pada 21 Februari majlis presiden akan bersidang. Agenda yang penting akan dibincangkan ialah menentukan tarikh peralihan kuasa.

 Selepas Majlis Presiden memuktamadkannya, semua pihak kena akur.

Jangan ada lagi yang cuba merubah keadaan dan bertindak lebih berkuasa daripada majlis presiden.

Majlis presiden mempunyai kuasa penentu yang mutlak. Semua pihak telah meletakkan harapan kepada majlias itu.

Gagal atau tidak Anwar jadi perdana menteri, penentuan utamanya majlis presiden. Jika majlis ini khianat, maka terlepas dan hancurlah semua harapan.

Dalam pada itu sementara majlis presiden bersidang, semua pihak juga perlu ceaser fire, letakkan senjata, bersabar dengan penuh doa.

Jangan mengikut kehendak hati dan perasaan sehingga ia boleh merubah keadaan dari cerah kepada gelap. Semua kena kena ambil faham. Trims
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan