Babak
perkembangan politik negara semakin panas dengan pelan demi pelan yang
memperlihatkan ada yang menyokong dan ada juga yang membantah
terutamanya terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan untuk
mengumpulkan semua parti politik dalam satu kerajaan.
Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Pusat Perdana
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, walau bagaimanapun
memberi gambaran bahawa agak sukar untuk melaksanakan kerajaan tersebut
dalam kemelut situasi politik yang berlaku hari ini.
Ini kerana katanya, Pas dan Umno pada semalam tegas mengatakan tidak
akan menyertai kerajaan baru tersebut sekiranya wujud parti DAP di
dalamnya.
“Malah, kita lihat semalam pun, Umno dan Pas juga dah tarik balik
sokongan kepada Dr Mahathir. Namun, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan
Parti Warisan Sabah (Warisan) terus berpendirian menyatakan sokongan
terhadap Mahathir.
“Cuma bila kita cakap tentang kerajaan perpaduan ni, kalau wujud pun
kerajaan ini, ia hanya melibatkan AMANAH, PKR, DAP, GPS, Warisan, dan
juga dari Bersatu yang mungkin dijangka akan buat u-turn semula untuk
menyokong,” katanya ketika dihubungi , hari ini.
Pada masa sama, mengulas persoalan kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sekiranya sokongan kepada Dr Mahathir tidak diberikan
kepadanya setelah terbentuk kerajaan tersebut, Mazlan berkata ia
sememangnya akan menjadi satu masalah.
“Kalau kerajaan ini diwujudkan dengan penyertaan Umno dan Pas, ia
akan jadi masalah apabila Dr Mahathir tiba masa untuk menyerahkan kuasa
kepada Anwar.
“Sudah pasti pembangkang mungkin tak bersetuju,” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan