Pengumuman dibuat selepas semua ahli parlimen PKR, DAP, dan Amanah selesai menghadap Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam dan pagi tadi.
“Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanah rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial.
Pada masa sama PPBM mengumumkan pendirian keluar PH.
Malah katanya PH juga menjemput Dr Mahathir bermesyuarat petang semalam bagi memulihkan kerajaan, namun ditolak.
“Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018,” kata kenyataan itu lagi.
“Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.”
0 comments:
Catat Ulasan