SHAH ALAM, ― Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
berkenan agar kerajaan Pakatan Harapan kekal menerajui pentadbiran
negeri.
Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baginda berpuas hati dengan keputusan
kerajaan sedia ada mengekalkan komitmen demi merealisasikan mandat
rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum 2018.
“Tuanku memberi perkenan agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa.
“Justeru pentadbiran ini
berikrar untuk kekal menghormati mandat rakyat bagi melaksanakan agenda
yang bermanfaat untuk negeri dan rakyat Selangor seluruhnya,” katanya
menerusi satu kenyataan.
Terdahulu Amirudin telah menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit kayangan, Shah Alam, pagi ini.
Selain
Amirudin, turut menghadap baginda adalah Pengerusi DAP Selangor YB
Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor YB Ir Izham Hashim.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan