Nafi tinggalkan PKR, Ahli Parlimen Ranau buat pusingan 'U'?

KUALA LUMPUR, ― Kira-kira sejam selepas menafikan dirinya keluar PKR, Ahli Parlimen Ranau memadam status itu di Facebook dan menggantikannya dengan mesej lain.

Jonathan Yasin di akaun Facebooknya berkata apa-apa isu berkaitan kedudukannnya dalam PKR akan dibincangkan dalam biro politik petang ini.

“Apa-apa isu mengenai kedudukan saya dalam parti akan saya bincang dengan ahli jawatankuasa (AJK) biro politik parti petang ini,” catatnya dengan tanda pagar #kekaltenang.

Sebelum itu Jonathan dikatakan memuat naik status menafikan keluar PKR dan menyertai blok Bebas bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta mengepil keratan akhbar yang melaporkan 11 bekas wakil rakyat PKR akan menyertai Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun sumber rapat memberitahu Malay Mail bahawa pengendali akaun media sosial Jonatahan membuat kesilapan dan wakil rakyat Sabah itu pada awal tidak sedar tentangnya.

“Itu kerja pengendali dia. Bila ditanya, dia kata tak tahu apa-apa. Kami menasihatkannya agar memadam hantaran itu jika ia tidak benar dan dia sudah berbuat demikian,” kata sumber.

Jonathan merupakan antara 10 ahli parlimen yang mengisytihar menyokong Azmin dan keluar PKR Isnin lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan