Umno dan PAS menarik balik sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad petang ini.
Menurut Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, hal itu kerana Mahathir mahu
membentuk kerajaan dengan menyertakan sekali DAP, sedangkan ia
bercanggah dengan pendirian parti itu dan PAS.
Katanya, Mahathir juga memberitahu beliau bercadang membentuk kerajaan
perpaduan dengan membuat lantikan menteri berdasarkan kapasiti individu,
bukan parti.
"Sokongan yang kita beri kepada Tun (Mahathir) untuk membentuk coalition
tanpa DAP terpaksa kita tarik balik dan SD yang kita sampaikan itu
terhad kepada membentuk coaltion tanpa DAP.
"Apa-apa yang selain dari itu maka sokongan kita itu tak sah.
"Sokongan yang telah diserahkan pada Ahad lalu kita tarik balik," katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan