Amanah Perak harap Razman jadi MB

Amanah Perak berharap, jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) digantikan dengan Perikatan Nasional (PN) hari ini, pemimpin PAS diberi peluang menjadi menteri besar.

Pemuda parti itu, berkata tokoh yang paling sesuai untuk dilantik menduduki kerusi menteri besar ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ketua Pemuda Amanah, Khairol Najib Hashim berkata, berbanding Adun lain, Razman - yang mewakili kerusi Gunung Semanggol - jauh lebih sesuai.

Katanya pemimpin Umno dirasakan tidak sesuai kerana parti itu terpalit dengan pelbagai skandal rasuah, selain ditolak sebahagian besar pengundi pada PRU dua tahun lalu.

"Walaupun PAS hanya mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Gunong Semanggol, Selama dan Kubu Gajah, namun bukanlah mustahil untuk wakil PAS menjadi menteri besar.

"Hal ini dapat dibuktikan oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai majoriti di dalam DUN Perak pada PRU12 lalu dan mempunyai menteri besar daripada wakil PAS iaitu, Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Khairol Najib berkata demikian sebagai mengulas mengenai tanda tanya kepemimpinan Perak ketika ini kerana menteri besar, Ahmad Faizai Azumi, dilaporkan gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

Untuk rekod Ahmad Faizal merupakan satu-satunya Adun Bersatu dalam DUN Perak yang memenangi kerusi DUN Chenderingan pada 2018 dengan kelebihan 39 undi.
Bagaimanapun kemelut itu dijangka terjawab hari ini apabila Ahmad Faizal dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini, diikuti sidang media Umno pada sebelah petang.

Kedua-dua sidang media itu akan diadakan di Ipoh.

Khairol Najib berkata, pihaknya berharap kemelut politik di negeri itu akan kembali tenang dengan wujudnya kepemimpinan baru daripada PN.

"Kita mendokan supaya kepimpinan baru kerajaan negeri akan terus berdaya maju apabila gabungan PN mengumumkan menteri besar baru nanti," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam, turut menyatakan sokongannya agar Razman dilantik sebagai menteri bedar negeri itu.

Kata Muhaimin, bekas bendahari PAS Pusat itu memiliki sifat yang perlu untuk dicalonkan sebagai menteri besar, selain berpewatakan tegas.

"Cuma satu saja yang saya tak gemar dengan beliau. Razman selalu salah mengeja apabila menulis. Tatabahasanya lemah. Kadangkala ayatnya tidak gramatis langsung.

"Namun itu persoalan remeh. Persoalan bahasa ini tidak laku untuk menjadi pemimpin politik.

"Pemimpin yang tak tahu berbahasa pun boleh jadi yang berhormat atau menteri," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan