West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April menurun US$4.62 atau 10.07 peratus, pada harga US$41.28 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei merosot US$4.72 atau 9.44 peratus, kepada US$45.27 setong di London ICE Futures Exchange.
Mesyuarat yang diadakan di Vienna itu berakhir tanpa sebarang kata putus mengenai tawaran tambahan pengeluaran.
Pada Khamis, OPEC mencadangkan pengeluaran tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari mulai awal bulan depan hingga akhir tahun ini.
- Bernama
0 comments:
Catat Ulasan