Oleh NASUHA RAHMAN
Seorang kakitangan klinik kesihatan meluahkan perasaan geramnya di
Facebook hari ini berikutan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang boleh pergi bermain golf di dalam keadaan negara yang sedang
panik ekoran wabak COVID-19.
“Kau boleh berjimba pergi main golf weekend, tangguh meeting COVID19
buat hari Isnin, kau ingat langkah bijak nak announce Movement
Restriction pukul 10 malam?” soal pengguna facebook yang menamakan
dirinya Tuan Mohammad Akmalhakim.
Luahnya, beliau dan isteri terpaksa mencari orang yang boleh menjaga
anaknya kerana taska diarahkan tutup dalam masa yang sama anaknya baru
sahaja didiagnosis penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).
“Sampai pukul 2-3 pagi aku dengan wife menggagau cari orang yang
boleh jaga anak sebab taska tutup. Anak pulak baru diagnosed HFMD,
dibekukan cuti kuarantin sebab tak cukup MO, wife pulak susah nak cuti
sebab ada officemate dikuarantin sebab COVID19 ni, plus cuti dia yang
dah negative.
“Sumpah aku tak boleh brain, kau boleh pergi main golf dalam keadaan
tengah shoot up 100++ cases dalam sehari, semalam lagi 100++, latest dah
533 cases,” ujarnya.
Tambahnya, mungkin masalah ini kecil sahaja bagi sesetengah orang
tapi tidak bagi mereka yang merupakan petugas-petugas kesihatan yang
berdepan dengan wabak ini.
Beliau tidak menafikan pasukan kerajaan yang lalu terutama bekas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sanggup
mengadakan mesyuarat pada hari kedua Chinese New Year dan bekas Menteri
Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang sibuk bekerja untuk rakyat pada hari
minggu begitu juga bekas Menteri MESTECC Pn. Yeoh Bee Yin terus kerja
pada hari kedua selepas majlis perkahwinannya.
“Bukan nak politicking sangat tapi mereka tunjuk usaha mereka sememangnya destined as wakil rakyat, bekerja untuk rakyat.
“Until you come out with an explanation kenapa kena pergi main golf,
kau nak cakap tu fake news ke, kau ada backdoor meeting dengan YB
Menteri Kesihatan tapi zuhud tak nak bagitahu rakyat ke, atau nak buat
permohonan maaf, terserah.
“Or if at least boleh counter-measure dengan sediakan taska 24 jam
bagi petugas kesihatan sepanjang musim COVID, until then, you are not
highly qualified to be our Prime Minister, sir.
“Ini post geram dan kecewa. Tapi aku cuba tulis dengan berhemah,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan