Rata-rata menyifatkan keputusan dibuat terburu-buru selain meminta kerajaan memaklumkan lebih awal agar dapat merancang urusan jagaan anak tidak bersekolah.
“Sudah tentu kami tidak mampu mengambil amah. Apa kena dengan kerajaan ini?” soal Lely Ishak di Twitter.
“Barisan hadapan hospital kecewa dengan tindakan seakan sabotaj kepada mengekang wabak ini, musnah sekelip mata,” kata SS Hikamaru pula.
Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menerusi satu kenyataan berkata, syarikat yang mendapat kelulusan dibenarkan beroperasi secara penuh.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat yang sudah mendapat kebenaran boleh beroperasi tanpa membuat permohonan semula.
0 comments:
Catat Ulasan