COVID-19: Angka korban cecah 100,000 seluruh dunia, 1.67 juta dijangkiti

KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat COVID-19 kini mencecah 100,000 seluruh dunia setakat jam 5 pagi waktu Malaysia, hari ini (11 April).

Menurut data Johns Hopkins University, secara keseluruhan, kes kematian akibat virus itu adalah sebanyak 101,732.

Itali kekal menjadi negara dengan angka kematian tertinggi pada 18,849 kes.

Amerika Syarikat berada di kedudukan kedua dan dijangka mampu mengatasi angka kematian di Itali bila-bila masa sahaja apabila ketika ini mencatatkan 18,022 korban.
Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan kes kematian sebanyak 15,970 dan 13,197.

Manakala United Kingdom kini mencatatkan kematian menghampiri angka 9,000 mangsa.
Sementara itu, secara keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 1.67 juta.

Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 100,000.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila mencatatkan 486,994 kes.

Ini diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 157,053 dan 147,577 kes secara keseluruhan.

Manakala Perancis dan Jerman  berada di kedudukan keempat dan kelima dengan mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 125,930 dan 120,157 kes.

Tiga negara lagi mempunyai angka jangkitan melebihi 50,000 kes, iaitu China (82,941), United Kingdom (74,605) dan Iran (68,192).

Bagaimanapun, Turki dilihat menghampiri angka jangkitan 50,000 apabila mencatatkan keseluruhan 47,029 kes.

Sehingga kini COVID-19 telah menular di 185 buah negara.

Walaupun mencatatkan kes positif dan kematian yang tinggi di seluruh dunia, pesakit yang telah sembuh daripada pandemik itu juga besar, iaitu seramai 374,509 kes.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan