Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi
Dusuki berkaitan soal mandat rakyat yang dibangitkan membuktikan bahawa
beliaulah yang sebenarnya meroyan dan gila talak.
Exco Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Noorsaiful
Amri Suloh ketika dihubungi wartawan berkata, Ketua Pemuda Umno itu
harus lebih matang serta perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum
mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Tegasnya, Asyraf seperti tidak adil dalam membuat penilaian berhubung
kenyataan media yang dikeluarkan Armada Bersatu Malaysia semalam yang
mahu bersama semula Pakatan Harapan (PH).
“Asyraf masih tidak sedar bahawa dalam PRU-14 tempoh hari mereka
telah tewas dan itulah mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada
PH bukan Umno atau PN.
“Sekiranya soal mandat yang dinyatakan oleh beliau (Asyraf), adakah
dia bersetuju untuk menyatakan ahli parlimen ‘katak’ sebagai mereka yang
mendapat mandat rakyat?
“Penilaian itu mentah dan sememangnya kenyataan Ketua Pemuda Umno itu
tidak adil dalam mengulas pendirian Armada. Saya ingin bertanya
bagaimana sekiranya keputusan Armada itu memilih untuk bersama PN?
“Saya yakin sekirany Armada memilih PN, pastinya Asyraf tidak akan
bersuara kerana baginya itu adalah keputusan yang tepat dilakukan oleh
Armada kerana memihak kepada beliau dan PN. Ini penilaian tidak adil,”
tegasnya.
Saiful turut menyatakan bahawa mandat rakyat adalah di atas kertas
undi yang diberikan pada PRU 14 yang lalu bukan pilihan secara lompat
parti.
Tambahnya lagi, keputusan yang dilakukan segelintir ahli parlimen
yang kini berada dalam PN bukanlah kehendak rakyat seperti yang berlaku
dalam pilihanraya sebelum ini.
“Kita kena hormati suara rakyat, sekiranya betul PN mempunyai
kekuatan mengapa harus melakukan perbincangan dalaman sehingga
mewujudkan pemerintahan yang baharu. Seharusnya ia diserahkan semula
kepada rakyat.
“Walau alasan apa sekali pun yang dikeluarkan oleh Asyraf, ia bukan berpaksi kepada hak rakyat di dalam membuat pilihan.
“Ternyata jelas Umnolah yang gila talak kerana mereka sanggup
membelakangkan rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan sewaktu PH
masih memegang kuasa dan merekalah yang meroyan mahukan sokongan.
“Armada telah membuat keputusan mengapa yang bersuara atau menjerit
adalah Asyraf. Rakyat turut menilai tindakannya yang ternyata hanya
pandai meroyan kerana khuatir hilangnya kuasa yang sedia ada,” tegasnya
lagi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan