Oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari
(Adun Tebing Tinggi dan Naib Pengerusi DAP Perak)
Dalam titah Perasmian Sidang Dewan Negeri ketiga pada hari ini ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah
mengingatkan ahli-ahli politik supaya “Berpada-padalah berpolitik,
berpolitik biar ada sempadannya…..
”
Malangnya tidak sampai sejam baginda berangkat meninggalkan dewan
kekecohan sengit timbul. Dan semacam ada persamaan dengan apa yang
berlaku ketika UMNO merampas kuasa pada 2009.
Kekecohan bermula apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu tiba-tiba bangkit meminta aturan mesyuarat diketepikan dan meminta
Speaker, Datuk Ngeh Koo Ham meletakkan jawatan.
Ini mengejutkan dewan kerana Koo Ham telah pun mengumumkan yang beliau akan berbuat demikian secara terhormat.
Ahmad Faizal kemudian meminta kesemua 35 Adun yang menyokong
pentadbiran Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan. Beliau juga
mengarahkan Bentara Dewan membawa Koo Ham keluar dengan segera.
Ketika itu juga dengan tiba-tiba petugas-petugas yang tidak dikenali
merapati meja speaker, memberi isyarat supaya Koo Ham mengosongkan
kerusi beliau.
Senario aneh itu menyebabkan Koo Ham mengingatkan bentara bahawa
beliau masih lagi speaker dan satu-satu pihak yang berkuasa nengeluarkan
arahan.
Setelah beberapa lama akhirnya mereka akur dan berundur. Selepas itu
barulah Koo Ham sempat meletakkan jawatan. Bagaimanapun beliau
menyenaraikan beberapa inisiatif yang tertangguh, khususnya
penambahbaikan peraturan tetap dan doktrin pengasingan kuasa antara
badan eksekutif dan perundangan.
Beliau juga menyebut betapa Dewan Negeri tidak dapat berfungsi dengan berkesan kerana pengaruh eksekutif yang tidak sihat.
Peja “rampas dewan”, elak undi tak percaya
Beliau turut menyebut usul undi tidak percaya terhadap kedudukan
Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar. Adalah dipercayai Ahmad Faizal
bertindak “merampas Dewan” untuk mengelakkan usul itu dibincangkan.
Pihak UMNO berkemungkinan tidak mahu usul itu diteruskan kerana dua
jam sebelum sidang bermula tiga Adun UMNO telah dilantik sebagai EXCO
menjadikan jumlahnya 6 orang.
Walauapapun, insiden yang berlaku di DUN Perak ini amat memalukan,
terutama dalam keadaan rakyat di luar sedang bergelut dengan keperitan
hidup akibat pandemik Covid-19.
Kita juga berasa hairan dengan tindakan Ahmad Faizal. Seorang menteri
besar tidak harus bertindak sedemikian. Sikap gelojoh, gila kuasa dan
tidak sabar itu semacam memberi gambaran betapa pentadbiran yang ada
tidak peduli peraturan dan ketertiban, apalagi dalam keadaan pihak
speaker sanggup melepaskan jawatannya.
Jelas juga menunjukkan betapa pentadbiran PN sedang bergoncang dan tidak ada kesatuan.
Lebih serius lagi insiden ini menunjukkan betapa pentadbiran PN sanggup mencemari kedudukan tidak memihak (neutral) perkhidmatan awam demi kepentingan politik peribadi.
Menteri Besar Ahmad Faizal wajar meminta maaf kepada rakyat dan
institusi DUN atas tingkah lalu yang menjatuhkan martabat Dewan Undangan
Negeri Perak
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan